Berita Berita
Kos hidup makin menekan, kerajaan digesa benarkan pengeluaran KWSP bersasar
Oleh AZRUL RADI
KUALA LUMPUR 15 Mac — Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) menegaskan bahawa keadaan geopolitik dunia yang semakin tidak menentu ketika ini berpotensi memberi kesan langsung kepada ekonomi dan kos sara hidup rakyat.
Presidennya, Azmi Mohd Tahir, berkata ketegangan di Timur Tengah termasuk risiko gangguan terhadap laluan strategik seperti Selat Hormuz boleh menjejaskan harga minyak global. Kenaikan harga minyak berkemungkinan memberi kesan rantaian kepada rakyat melalui peningkatan kos pengangkutan, harga makanan serta kadar inflasi.
Menurutnya, realitinya rakyat Malaysia kini berdepan tekanan kos hidup yang semakin ketara, dengan ramai masih menanggung beban hutang, kehilangan pekerjaan stabil atau berhadapan dengan pendapatan yang tidak menentu.
Beliau berkata angka statistik semata-mata tidak menggambarkan tekanan sebenar yang dihadapi rakyat dalam kehidupan seharian.
Sehubungan itu, Azmi berkata cadangan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar dan berperingkat bukanlah langkah populis, sebaliknya satu pendekatan pragmatik bagi membantu pencarum yang benar-benar terdesak.
Menurutnya, langkah tersebut berpotensi meringankan tekanan hidup rakyat yang berada dalam keadaan kritikal tanpa menjejaskan kestabilan sistem simpanan jangka panjang.
Beliau turut menegaskan pendekatan itu juga mampu mengelakkan rakyat daripada terjerumus ke dalam hutang berisiko tinggi atau pinjaman tidak terkawal semata-mata untuk memenuhi keperluan harian.
“Kerajaan perlu menunjukkan kepekaan terhadap realiti kehidupan rakyat. Dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu serta peningkatan kos sara hidup, dasar yang fleksibel dan responsif bukan lagi pilihan, tetapi satu keperluan.
“Penilaian semula terhadap pengeluaran KWSP bersasar merupakan langkah wajar, bertanggungjawab dan perlu dipertimbangkan segera demi membantu rakyat yang benar-benar terkesan,” katanya.
Berita berkaitan
March 15, 2026, 2:05 pm
Dua mat rempit buat aksi ‘Superman’ dicekup
March 15, 2026, 1:55 pm
Empat lelaki disyaki curi kabel MRT ditahan
March 15, 2026, 1:19 pm
Kerajaan sedia hadapi kesan krisis Asia Barat
March 15, 2026, 1:12 pm
Anwar umum cuti tambahan Aidilfitri
March 15, 2026, 12:58 pm
Perak teruskan rumah terbuka Aidilfitri di Stadium Indera Mulia
March 15, 2026, 10:09 am
MPAJ tunda 1,139 kenderaan terbiar sepanjang tahun lalu
March 14, 2026, 10:59 pm
WFH: KPM teliti pelaksanaan PdPR
March 14, 2026, 7:14 pm
Mulut berdarah dan muka bengkak, guru besar ditahan disyaki pukul murid Tahun Satu di JB
March 14, 2026, 4:46 pm
