TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Perak teruskan rumah terbuka Aidilfitri di Stadium Indera Mulia

By
|
Kongsi
image

IPOH 15 Mac — Kerajaan negeri Perak akan tetap mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat negeri di Stadium Indera Mulia pada 21 Mac ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad, berkata semua rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat dialu-alukan untuk menghadiri majlis berkenaan.

Menurutnya, sekiranya Aidilfitri jatuh pada hari Jumaat (20 Mac), beliau dan kepimpinan negeri akan memulakan sambutan dengan menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar pada sebelah pagi sebelum pulang meraikannya bersama keluarga.

“Pada hari Sabtu (21 Mac) pula, sebelah pagi kita akan menghadiri majlis sambutan Aidilfitri yang dianjurkan pihak istana.

“Sebelah petang kerajaan negeri akan menganjurkan rumah terbuka seperti biasa di Stadium Indera Mulia,” katanya.

Beliau berkata program itu diteruskan seperti mana dilaksanakan setiap tahun.

Saarani berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Fiesta Raya Ipoh 2026 Riverfront @ Old Town di Kinta Riverwalk, di sini.

Menurut laporan Bernama, program berkenaan dijangka menghimpunkan masyarakat pelbagai kaum bagi meraikan Aidilfitri dalam suasana muhibah.

+ - reset