TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Anwar umum cuti tambahan Aidilfitri

By
|
Kongsi
image

KOTA KINABALU 15 Mac — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan kerajaan akan memberikan cuti tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri tanpa mengira sama ada perayaan itu jatuh pada hari Jumaat atau Sabtu.

Beliau berkata, cuti tambahan akan diberikan pada Isnin sekiranya Aidilfitri jatuh pada Jumaat, manakala jika hari raya jatuh pada Sabtu, cuti tambahan akan diberikan pada hari Jumaat.

“Saya turun-turun (sampai) tadi sudah ada orang tanya cuti, bila PMX bagi cuti.

“Jadi kalau hari raya pada Jumaat, 20 Mac maka cuti tambahan pada Isnin, 23 Mac. Kalau Hari Raya Sabtu, 21 Mac, cuti tambahan hari Jumaat, 20 Mac,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena sambutan Hari Pengguna Kebangsaan 2026 di sini pada Ahad.

+ - reset