Berita Berita
Temu janji pesakit hospital kerajaan pada cuti tambahan Aidilfitri diberi tarikh baharu
PUTRAJAYA 15 Mac – Pesakit yang mempunyai temu janji di klinik pakar atau pusat rawatan harian hospital kerajaan pada hari cuti tambahan sempena Aidilfitri akan diberikan tarikh baharu.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pesakit terlibat akan dihubungi pihak hospital bagi memaklumkan perubahan tarikh temu janji berkenaan.
“Ia penting supaya rawatan dan pemeriksaan mereka dapat diteruskan tanpa menjejaskan perkhidmatan kesihatan.
“Jadi mereka akan dihubungi dan tarikh temu janji baharu akan diberikan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Kembara Beraya bersama Cik Era di IOI City Mall, di sini hari ini.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan tambahan cuti sehari sempena Aidilfitri sama ada pada Jumaat depan atau Isnin berikutnya.
Menurut pengumuman itu, cuti pada Isnin, 23 Mac diberikan jika 1 Syawal jatuh pada hari Jumaat, manakala cuti sehari lebih awal iaitu pada Jumaat, 20 Mac jika Aidilfitri disambut pada Sabtu.
Mengulas mengenai pengoperasian hospital dan klinik di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dzulkefly berkata semua fasiliti kesihatan akan terus beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh cuti berkenaan.
Katanya, pusat kesihatan tersebut akan terus beroperasi 24 jam sehari sebagaimana amalan pada cuti umum lain bagi memastikan rawatan kepada pesakit tidak terjejas.
“Petugas kesihatan yang telah dijadualkan bertugas secara on-call akan terus berada di hospital bagi memberikan perkhidmatan kepada pesakit.
“Selain itu, pemantauan terhadap situasi kesihatan awam akan diteruskan secara berterusan oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) di peringkat negeri dan kebangsaan bagi memastikan sebarang insiden yang berpotensi memberi impak kepada kesihatan awam dapat ditangani segera,” katanya.
Berita berkaitan
March 15, 2026, 6:08 pm
Tidak puas hati adik ditahan, lelaki kepung dan belasah buruh binaan
March 15, 2026, 2:05 pm
Dua mat rempit buat aksi ‘Superman’ dicekup
March 15, 2026, 1:55 pm
Empat lelaki disyaki curi kabel MRT ditahan
March 15, 2026, 1:19 pm
Kerajaan sedia hadapi kesan krisis Asia Barat
March 15, 2026, 1:12 pm
Anwar umum cuti tambahan Aidilfitri
March 15, 2026, 12:58 pm
Perak teruskan rumah terbuka Aidilfitri di Stadium Indera Mulia
March 15, 2026, 11:57 am
Kos hidup makin menekan, kerajaan digesa benarkan pengeluaran KWSP bersasar
March 15, 2026, 10:09 am
MPAJ tunda 1,139 kenderaan terbiar sepanjang tahun lalu
March 14, 2026, 10:59 pm
