TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Tiga lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel di Ipoh

By
|
Kongsi
image

IPOH 16 Mac – Tiga lelaki maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika cuba mencuri kabel di kawasan tanah lapang di Taman Rapat Perdana di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian di kawasan tiang elektrik milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu kira-kira pukul 10 pagi.

Menurutnya, bertindak atas maklumat tersebut, sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian dan menemui tiga lelaki warga tempatan dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.

“Siasatan awal mendapati ketiga-tiga lelaki berusia antara 35 hingga 50 tahun itu dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba memotong kabel elektrik pada tiang TNB.

“Mayat ketiga-tiga lelaki itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Beliau berkata, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu laporan penuh bedah siasat.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan mencuri.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2451500 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

+ - reset