TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Sampai hati, lelaki maki, tampar dan tumbuk kepala isteri hanya kerana diminta beli ayam gepuk

By
|
Kongsi
image

 

CHERAS 16 Mac - Suri rumah cedera selepas dipukul suami di rumah mereka di Flat Sri Sabah, di sini, pada Rabu dipercayai hanya kerana meminta lelaki itu membelikan makanan yang diingini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang berusia 34 tahun jam 9.03 malam, Rabu lalu.

Menurutnya, ketika kejadian jam 3.30 petang, mangsa mendakwa dimaki dan dimarahi suaminya dengan mengeluarkan kata-kata kesat ketika meminta membeli 'ayam gepuk'.

"Semasa kejadian suspek dipercayai mencekik leher, capai objek (pisau sayur) dan diletakkan di leher mangsa, tampar di muka dan ditumbuk di kepala. 

"Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kanan leher dan menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM)," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kes ini masih dalam siasatan.

+ - reset