Berita Berita
'Cukup-cukuplah masa COVID-19 dulu' - KPM tidak terburu-buru laksana semula PdPR
KUALA LUMPUR 16 Mac – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan sesi persekolahan di seluruh negara kekal berjalan seperti biasa dan tiada perbincangan dilakukan setakat ini untuk melaksanakan semula Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata kementerian tidak akan mengambil keputusan secara tergesa-gesa untuk melaksanakan kaedah berkenaan kerana mengambil kira kesan terhadap pembelajaran pelajar.
“Semua orang tiba-tiba marah (berlaku PdPR), padahal tidak pernah pun kita berbincang, dan tiba-tiba ia menjadi perbincangan umum.
“KPM tidak mempunyai perbincangan langsung (mengenai isu ini) dan keutamaan kita ketika ini adalah untuk pembelajaran kanak-kanak kerana kita sudah belajar daripada situasi COVID-19 terdahulu bagaimana kita hilang generasi dan hilang pembelajaran (kesan terhadap pendidikan negara).
“Jadi kita tidak boleh mengambil mudah dalam melaksanakan dasar ini dan melakukan secara tergopoh-gapah seterusnya menimbulkan kegusaran masyarakat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi libat urus bersama media dan pembentangan Program Tekad Reformasi Pendidikan (TEKAD) di sini, hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, Ketua Pengarah Pendidikan, Mohd Azam Ahmad dan pengamal media lain.
Terdahulu, Mohd Azam turut mengesahkan bahawa tiada sebarang ketetapan dibuat oleh KPM berhubung pelaksanaan PdPR setakat ini.
Beliau menegaskan sesi persekolahan di seluruh negara ketika ini berjalan seperti biasa. - Media Telus
Berita berkaitan
March 16, 2026, 11:23 pm
Budak empat tahun meraung putus jari akibat mercun
March 16, 2026, 11:15 pm
MS Gold & Diamonds berkongsi rezeki, belanja lebih 1,000 anak yatim baju raya di Jakel
March 16, 2026, 10:48 pm
Semua rakyat Malaysia terkandas di Asia Barat berjaya dibawa pulang
March 16, 2026, 10:36 pm
Dua juta kenderaan dijangka masuk ke Kelantan sempena Aidilfitri
March 16, 2026, 10:35 pm
Sampai hati, lelaki maki, tampar dan tumbuk kepala isteri hanya kerana diminta beli ayam gepuk
March 16, 2026, 10:24 pm
Dua anggota tentera maut dalam kemalangan empat kenderaan di Setiu
March 16, 2026, 6:38 pm
Sesi persekolahan berjalan seperti biasa, tiada keputusan laksana PdPR
March 16, 2026, 5:55 pm
