Berita Berita
MS Gold & Diamonds berkongsi rezeki, belanja lebih 1,000 anak yatim baju raya di Jakel
KUALA LUMPUR 16 Mac – Seramai 1,152 anak yatim menerima sumbangan sempena Aidilfitri dalam Majlis Sumbangan Hari Raya 2026 yang dianjurkan butik emas dan berlian, MS Gold & Diamonds di Jakel Mall pada Sabtu.
Pemiliknya, Abdul Malik Dasthigeer berkata sumbangan tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhan 4,500 penerima bantuan yang dikenal pasti sepanjang bulan Ramadan tahun ini.
Menurut beliau, program berkenaan merupakan inisiatif tahunan syarikat bagi berkongsi rezeki serta meringankan beban golongan memerlukan, khususnya menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.
“Setiap tahun kami berusaha untuk berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan, terutama anak-anak yatim dan keluarga kurang berkemampuan supaya mereka juga dapat merasai kegembiraan menyambut Hari Raya.
“Bulan Ramadan adalah waktu terbaik untuk kita memperbanyakkan amalan kebajikan dan berkongsi rezeki. Semoga sumbangan ini dapat mengukir senyuman pada wajah mereka dan sedikit sebanyak membantu persiapan menyambut Syawal,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis berkenaan.
Abdul Malik berkata, usaha kebajikan itu juga menjadi sebahagian daripada tanggungjawab sosial yang sentiasa diberi perhatian oleh pihak syarikat sejak penubuhannya.
Katanya, program berkenaan turut selari dengan tuntutan Islam yang menggalakkan umatnya membantu golongan memerlukan termasuk anak yatim, fakir miskin dan mereka yang berada dalam kesusahan.
Selain bantuan kewangan, program tersebut turut memberi peluang kepada anak-anak yatim merasai suasana persiapan Aidilfitri yang lebih ceria dan bermakna.
“Sebagai sebuah syarikat yang berkembang dalam industri perniagaan emas dan berlian, kami percaya kejayaan yang diperoleh perlu turut dikongsi bersama masyarakat.
“Usaha kebajikan seperti ini akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa kerana kami percaya setiap sumbangan walaupun kecil mampu memberi makna besar kepada mereka yang memerlukan,” ujarnya.
MS Gold & Diamonds yang terkenal sebagai antara butik emas dan berlian terbesar di ibu negara turut dikenali dengan koleksi berlian unik yang ditawarkan kepada pelanggan.
Butik berkenaan memiliki kira-kira 4,000 koleksi berlian dengan setiap satu direka secara eksklusif dan hanya dihasilkan satu unit bagi setiap rekaan, sekali gus menjadikan setiap koleksi yang ditawarkan mempunyai nilai keunikan tersendiri.
Berita berkaitan
March 16, 2026, 11:23 pm
Budak empat tahun meraung putus jari akibat mercun
March 16, 2026, 10:48 pm
Semua rakyat Malaysia terkandas di Asia Barat berjaya dibawa pulang
March 16, 2026, 10:36 pm
Dua juta kenderaan dijangka masuk ke Kelantan sempena Aidilfitri
March 16, 2026, 10:35 pm
Sampai hati, lelaki maki, tampar dan tumbuk kepala isteri hanya kerana diminta beli ayam gepuk
March 16, 2026, 10:24 pm
Dua anggota tentera maut dalam kemalangan empat kenderaan di Setiu
March 16, 2026, 9:48 pm
'Cukup-cukuplah masa COVID-19 dulu' - KPM tidak terburu-buru laksana semula PdPR
March 16, 2026, 6:38 pm
Sesi persekolahan berjalan seperti biasa, tiada keputusan laksana PdPR
March 16, 2026, 5:55 pm
