Berita Berita
Dua maut kemalangan libatkan dua kenderaan di Tanah Merah
TANAH MERAH, 18 Mac - Dua individu termasuk seorang kanak-kanak perempuan maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Machang-Tanah Merah, awal pagi tadi.
Kejadian itu turut mengakibatkan seorang lelaki dewasa cedera, manakala empat lagi mangsa terselamat.
Komander Operasi Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Hamdan Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 4.35 pagi.
Menurutnya, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah dikerahkan ke lokasi yang terletak kira-kira lima kilometer dari balai.
“Sebaik tiba di lokasi, pasukan mendapati kemalangan melibatkan sebuah Perodua Myvi dan BMW 5 Series.
“Seramai tujuh mangsa terlibat dan berjaya dikeluarkan daripada kenderaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, mangsa terdiri daripada dua lelaki dewasa, dua wanita dewasa, dua kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki.
“Seorang wanita dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.
Tambahnya, mangsa yang cedera telah diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk rawatan lanjut.
Manakala mayat mangsa diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia bagi tindakan selanjutnya.
Berita berkaitan
March 18, 2026, 1:11 pm
UMNO Negeri Sembilan belum terima permohonan Rais untuk kembali ke parti
March 18, 2026, 1:09 pm
TH umum agihan keuntungan 3.5 peratus, tertinggi dalam lapan tahun
March 18, 2026, 12:24 pm
'Jangan terlalu banyak syarat' - KJ gesa dasar mesra perniagaan, kerajaan perlu jadi pemudah cara
March 18, 2026, 11:26 am
Mahkamah tolak saman Waytha Moorthy terhadap Anwar
March 18, 2026, 11:12 am
'Saya dah tak mampu' - Bapa Zayn Rayyan rayu bantuan orang ramai tampung kos guaman Mahkamah Tinggi
March 18, 2026, 11:02 am
Lima sekeluarga cedera kereta terbabas masuk longkang
March 18, 2026, 10:34 am
3.49 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya sempena Aidilfitri
March 17, 2026, 9:04 pm
