Berita Berita
Mahkamah tolak saman Waytha Moorthy terhadap Anwar
KUALA LUMPUR, 18 Mac - Mahkamah Tinggi menolak saman difailkan bekas menteri, P. Waytha Moorthy yang mencabar pelantikan Anwar Ibrahim sebagai Ahli Parlimen Tambun dan Perdana Menteri.
Hakim Alice Loke Yee Ching membuat keputusan itu selepas mendapati mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes berkenaan kerana ia sepatutnya difailkan sebagai petisyen pilihan raya.
Dalam penghakimannya, mahkamah turut memerintahkan Waytha membayar kos sebanyak RM80,000 kepada Anwar.
Hakim memutuskan bahawa cabaran terhadap keputusan pilihan raya hanya boleh dibuat melalui petisyen pilihan raya seperti diperuntukkan di bawah Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata, tindakan memfailkan saman melalui saman pemula tidak menepati saluran undang-undang yang ditetapkan.
Mahkamah juga mendapati saman tersebut tidak mempunyai asas kukuh, bersifat remeh serta menyalahgunakan proses mahkamah.
Dalam prosiding itu, Anwar diwakili peguam Ranjit Singh, manakala Waytha diwakili S. Karthigesan.
Sementara itu, Waytha memaklumkan beliau akan memfailkan rayuan terhadap keputusan berkenaan.
Terdahulu, pada 12 Ogos 2025, beliau memfailkan saman bagi mendapatkan perisytiharan bahawa pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri pada 24 November 2022 adalah tidak sah dan bercanggah dengan Perlembagaan.
Berita berkaitan
March 18, 2026, 1:33 pm
Polis sahkan bayi maut di taska akibat lemas, siasatan lanjut diteruskan
March 18, 2026, 1:11 pm
UMNO Negeri Sembilan belum terima permohonan Rais untuk kembali ke parti
March 18, 2026, 1:09 pm
TH umum agihan keuntungan 3.5 peratus, tertinggi dalam lapan tahun
March 18, 2026, 12:24 pm
'Jangan terlalu banyak syarat' - KJ gesa dasar mesra perniagaan, kerajaan perlu jadi pemudah cara
March 18, 2026, 11:12 am
'Saya dah tak mampu' - Bapa Zayn Rayyan rayu bantuan orang ramai tampung kos guaman Mahkamah Tinggi
March 18, 2026, 11:02 am
Lima sekeluarga cedera kereta terbabas masuk longkang
March 18, 2026, 10:34 am
3.49 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya sempena Aidilfitri
March 18, 2026, 10:02 am
