Berita Berita
'Saya dah tak mampu' - Bapa Zayn Rayyan rayu bantuan orang ramai tampung kos guaman Mahkamah Tinggi
KUALA LUMPUR 18 Mac - Bapa kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, Zaim Ikhwan Zahari hari ini merayu bantuan orang ramai bagi menampung kos perbicaraannya dan isteri, Ismanira Abdul Manaf, pada peringkat Mahkamah Tinggi.
Zaim berkata, sejak kes pertuduhan bermula di Mahkamah Sesyen, mereka sudah membelanjakan kira-kira RM200,000 bagi menampung kos guaman dan urusan berkaitan mahkamah.
Beliau berkata, dia dan isteri memerlukan dana RM65,000 bagi menampung kos perbicaraan di Mahkamah Tinggi selepas ini.
"Saya Zaim Ikhwan Zahari dengan rendah hati ingin merayu dan memohon jasa baik serta keprihatinan daripada saudara mara, rakan dan orang ramai untuk membantu saya dan isteri, Ismanira Abdul Manaf dalam menampung kos di Mahkamah Tinggi.
"Sejak pertuduhan di Mahkamah Seksyen, kami sudah berhabisan lebih kurang RM200,000 untuk kegunaan di mahkamah saja.
"Kini, kami memerlukan lebih kurang RM65,000 lagi untuk menampung kos di Mahkamah Tinggi pula," katanya menerusi satu kenyataan di Instagram.
Zaim berkata, kos mahkamah dilihatnya sangat tinggi dan di luar kemampuannya.
"Saya merayu orang ramai membantu menghulurkan sumbangan demi mendapatkan keadilan buat seluruh keluarga kami termasuk arwah Zayn Rayyan," katanya.
Pada 6 Disember 2023, Zayn Rayyan,6, ditemukan meninggal dunia di anak sungai berhampiran kawasan Pangsapuri Idaman, Damansara Damai, kira-kira jam 10 malam.
Mangsa sebelum itu dilaporkan hilang, sebelum ditemui terbaring kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.
Berita berkaitan
March 18, 2026, 1:33 pm
Polis sahkan bayi maut di taska akibat lemas, siasatan lanjut diteruskan
March 18, 2026, 1:11 pm
UMNO Negeri Sembilan belum terima permohonan Rais untuk kembali ke parti
March 18, 2026, 1:09 pm
TH umum agihan keuntungan 3.5 peratus, tertinggi dalam lapan tahun
March 18, 2026, 12:24 pm
'Jangan terlalu banyak syarat' - KJ gesa dasar mesra perniagaan, kerajaan perlu jadi pemudah cara
March 18, 2026, 11:26 am
Mahkamah tolak saman Waytha Moorthy terhadap Anwar
March 18, 2026, 11:02 am
Lima sekeluarga cedera kereta terbabas masuk longkang
March 18, 2026, 10:34 am
3.49 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya sempena Aidilfitri
March 18, 2026, 10:02 am
