Berita Berita
3.49 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya sempena Aidilfitri
KUALA LUMPUR, 18 Mac - Sebanyak 3.49 juta kenderaan dijangka menggunakan lebuh raya utama serta rangkaian sambungan pada hari puncak sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.
Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Ir Mohd Hadzmir Yusoff berkata, peningkatan trafik dijangka bermula seawal hari ini melibatkan pergerakan ke arah utara, selatan dan Pantai Timur.
Menurutnya, daripada jumlah keseluruhan itu, sebanyak 2.30 juta kenderaan dijangka menggunakan rangkaian lebuh raya PLUS Malaysia Berhad.
Selain itu, kira-kira 210,000 kenderaan dijangka melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.
Katanya, sebanyak 106,000 kenderaan dijangka menggunakan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), manakala 65,000 lagi melalui LPT2.
“Sejumlah 215,000 kenderaan pula dijangka menggunakan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat,” katanya dalam kenyataan.
Mengulas lanjut, beliau berkata LLM telah mengarahkan semua syarikat konsesi mengambil langkah proaktif bagi memastikan perjalanan pengguna lebih lancar dan selamat.
Antaranya termasuk tiada penutupan lorong kecuali bagi kecemasan bermula 18 hingga 30 Mac.
Selain itu, sebanyak 34 lokasi smart lane akan diaktifkan di lebuh raya utama.
Syarikat konsesi juga diminta memastikan sistem kutipan tol berfungsi dengan baik termasuk pelaksanaan kutipan berlapis di plaza tol kritikal.
Dalam pada itu, kemudahan di kawasan rehat dan rawat (R&R) turut dipertingkatkan dengan penyediaan tandas mudah alih, bekalan air mencukupi serta penambahan parkir dan petugas termasuk RELA.
LLM turut menasihatkan pengguna supaya merancang perjalanan menggunakan aplikasi TuJu dan Cadangan Jadual Perjalanan, selain memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik.
Pengguna juga diingatkan memastikan baki kad Touch ‘n Go, e-dompet atau kad debit mencukupi, mematuhi arahan ketika penggunaan smart lane serta penunggang motosikal disaran berhati-hati dan menggunakan lokasi perlindungan ketika cuaca buruk.
Berita berkaitan
March 18, 2026, 1:11 pm
UMNO Negeri Sembilan belum terima permohonan Rais untuk kembali ke parti
March 18, 2026, 1:09 pm
TH umum agihan keuntungan 3.5 peratus, tertinggi dalam lapan tahun
March 18, 2026, 12:24 pm
'Jangan terlalu banyak syarat' - KJ gesa dasar mesra perniagaan, kerajaan perlu jadi pemudah cara
March 18, 2026, 11:26 am
Mahkamah tolak saman Waytha Moorthy terhadap Anwar
March 18, 2026, 11:12 am
'Saya dah tak mampu' - Bapa Zayn Rayyan rayu bantuan orang ramai tampung kos guaman Mahkamah Tinggi
March 18, 2026, 11:02 am
Lima sekeluarga cedera kereta terbabas masuk longkang
March 18, 2026, 10:02 am
Dua maut kemalangan libatkan dua kenderaan di Tanah Merah
March 17, 2026, 9:04 pm
