Berita Berita
Lima sekeluarga cedera kereta terbabas masuk longkang
KOTA TINGGI, 18 Mac - Lima sekeluarga cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas sebelum terjatuh ke dalam longkang sedalam kira-kira dua meter di Batu 3, Jalan Mawai, petang semalam.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berkata, pihak Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.07 petang.
Menurutnya, operasi diketuai Azmi Sulaiman bersama enam anggota yang mendapati kemalangan melibatkan sebuah Proton Persona.
“Kejadian membabitkan lima mangsa dengan dua daripadanya tersepit di dalam kenderaan, manakala tiga lagi berjaya keluar lebih awal dengan bantuan orang awam,” katanya.
Beliau berkata, pasukan bomba kemudian menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum kesemua mangsa dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Mangsa terdiri daripada dua lelaki dan tiga wanita.
Sementara itu, jurucakap Polis Diraja Malaysia (PDRM) daerah Kota Tinggi memaklumkan kejadian berlaku di laluan berselekoh ketika mangsa dalam perjalanan dari Mersing ke Kota Tinggi.
Punca kemalangan masih dalam siasatan.
Berita berkaitan
March 18, 2026, 1:11 pm
UMNO Negeri Sembilan belum terima permohonan Rais untuk kembali ke parti
March 18, 2026, 1:09 pm
TH umum agihan keuntungan 3.5 peratus, tertinggi dalam lapan tahun
March 18, 2026, 12:24 pm
'Jangan terlalu banyak syarat' - KJ gesa dasar mesra perniagaan, kerajaan perlu jadi pemudah cara
March 18, 2026, 11:26 am
Mahkamah tolak saman Waytha Moorthy terhadap Anwar
March 18, 2026, 11:12 am
'Saya dah tak mampu' - Bapa Zayn Rayyan rayu bantuan orang ramai tampung kos guaman Mahkamah Tinggi
March 18, 2026, 10:34 am
3.49 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya sempena Aidilfitri
March 18, 2026, 10:02 am
Dua maut kemalangan libatkan dua kenderaan di Tanah Merah
March 17, 2026, 9:04 pm
