TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Dua lelaki ditahan disyaki curi kabel di Teluk Intan, miliki rekod jenayah lampau

By
|
Kongsi
image

 

IPOH 19 Mac – Dua lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kabel milik Telekom Malaysia diberkas dalam satu operasi di Jalan Pasir Berdamar, Teluk Intan, dua hari lalu.

Polis Daerah Hilir Perak dalam satu kenyataan di Facebook malam ini memaklumkan, hasil soal siasat terhadap kedua-dua suspek membawa kepada penemuan satu guni putih yang mengandungi gulungan kabel tembaga seberat kira-kira 5.3 kilogram.

Menurut kenyataan itu, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek mengaku terbabit dalam kes berkenaan. Semakan lanjut turut mendapati mereka mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan narkotik.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri. Polis masih meneruskan siasatan bagi mengenal pasti pembabitan suspek dalam kes kecurian kabel lain di sekitar daerah Teluk Intan.

"Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut dan tindakan pertuduhan," menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai agar terus menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti jenayah bagi membantu pihak berkuasa membanteras kegiatan tersebut demi keselamatan dan kesejahteraan bersama.

+ - reset