Berita Berita
Polis buru lelaki belasah isteri, langgar kepala dengan motosikal di Melaka
MELAKA, 19 Mac – Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai masih bersembunyi di negeri ini selepas tular rakaman memaparkan suspek membelasah serta melanggar kepala isterinya dengan motosikal dalam kejadian di Kota Shahbandar.
Ketua Polis Melaka, Dzulkhairi Mukhtar berkata, suspek kini dalam buruan dan dijangka diberkas dalam masa terdekat.
Menurutnya, mangsa bersama anak lelaki mereka berusia dua tahun yang sebelum ini dipercayai berada bersama suspek telah ditemukan dalam keadaan selamat.
“Kita masih mengesan dan percaya suspek masih berada di Melaka. Kita percaya suspek telah melarikan diri dan dalam masa terdekat akan berjaya ditangkap.
“Isteri dan anaknya telah ditemui, cuma suami masih belum dapat dikesan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Ronda Santai Panjut Pelita bersama Ketua Polis Melaka di Balai Polis Batang Tiga, Klebang, awal pagi tadi.
Tambah beliau, siasatan lanjut termasuk kemungkinan suspek mempunyai rekod lampau berkaitan dadah masih dijalankan.
Sebelum ini, polis menerima laporan kejadian pada pukul 1.17 pagi 16 Mac daripada ibu mangsa berusia 51 tahun.
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam 15 Mac di sebuah pusat hiburan di Kota Shahbandar apabila mangsa yang sedang hamil dipercayai dipukul suaminya.
Rakaman CCTV menunjukkan suspek bertindak agresif dengan memukul, menampar, menarik rambut serta melanggar kepala mangsa menggunakan motosikal ketika wanita itu terbaring.
Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Melaka pada pukul 4.41 pagi untuk rawatan dan disahkan mengalami kecederaan tisu lembut di bahagian kepala serta pipi kanan.
Berita berkaitan
March 19, 2026, 2:02 pm
Polis guna saluran G2G siasat laporan Bloomberg libatkan Azam Baki
March 19, 2026, 1:23 pm
Polis nafi layanan berbeza terhadap Zamri Vinoth, Arun Dorasamy
March 19, 2026, 1:06 pm
Tamim Dahri sedia pulang, letak syarat empat kuil dirobohkan
March 19, 2026, 12:54 pm
PENBUMI gesa subsidi diesel bersasar selamatkan industri pelancongan darat
March 19, 2026, 12:52 pm
Sultan Selangor seru rakyat berjimat hadapi ketidaktentuan ekonomi global
March 19, 2026, 12:47 pm
Dua maut nahas dua kenderaan berhampiran Felcra Sungai Ara
March 19, 2026, 12:39 pm
Pekerja taska berdepan hukuman mati didakwa bunuh bayi empat bulan di Seberang Jaya
March 19, 2026, 12:10 pm
Penganggur dipenjara 9 bulan mengaku salah pijak al-Quran
March 19, 2026, 12:01 pm
