Berita Berita
Israel larang solat Aidilfitri di Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis lengang
BAITULMAQDIS 20 Mac - Pihak berkuasa Israel melarang solat sunat Aidilfitri di Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki, dengan alasan sekatan keselamatan yang dikenakan susulan serangan Israel ke atas Iran.
Menurut Anadolu Ajansi, rakyat Palestin pada Jumaat menggesa umat Islam supaya berkumpul berhampiran Kota Lama untuk menunaikan solat sedekat mungkin dengan Masjid Al-Aqsa bagi menandakan berakhirnya Ramadan.
Polis Israel sebelum ini menggunakan belantan, bom bunyi dan gas pemedih mata terhadap rakyat Palestin yang menunaikan solat di luar tembok Kota Lama sebagai membantah sekatan di Masjid Al-Aqsa semasa Ramadan.
Baitulmaqdis Timur yang diduduki memasuki tempoh perayaan dalam suasana yang suram.
Kota Lama, yang kebiasaannya dipenuhi rakyat Palestin menjelang Aidilfitri, kelihatan sunyi sepi seumpama sebuah bandar hantu.
Israel menyekat akses dengan alasan larangan berhimpun manakala peniaga Palestin dihalang daripada membuka kedai mereka, dengan hanya farmasi dan kedai makanan asas dibenarkan beroperasi.
Peniaga Palestin yang enggan dikenali kerana bimbang dikenakan tindakan balas oleh Israel berkata sekatan itu menyebabkan mereka berdepan tekanan ekonomi yang teruk. – BERNAMA-ANADOLU
Berita berkaitan
March 20, 2026, 6:32 pm
Sambut Aidilfitri secara sederhana, elak pembaziran
March 20, 2026, 4:04 pm
Rakyat diingat elak pergaduhan kaum, jaga keharmonian negara
March 20, 2026, 2:51 pm
MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir di empat negeri
March 20, 2026, 2:45 pm
Lelaki dipukul guna kayu besbol, dipijak beramai-ramai selepas tarawih, empat suspek diburu
March 20, 2026, 2:37 pm
Rakyat disaran jimat tenaga dan air sepanjang Aidilfitri
March 20, 2026, 2:31 pm
Anwar, Modi sepakat gesa hentikan konflik Asia Barat
March 20, 2026, 12:54 pm
Lelaki belasah, langgar isteri guna motosikal direman empat hari
March 19, 2026, 11:55 pm
