Berita Berita
Lelaki belasah, langgar isteri guna motosikal direman empat hari
MELAKA, 20 Mac - Seorang lelaki yang tular kerana membelasah serta melanggar kepala isterinya dengan motosikal di Kota Shahbandar direman selama empat hari bermula hari ini.
Perintah reman sehingga 23 Mac itu dikeluarkan oleh Majistret Uthman Abd. Ghani di Mahkamah Ayer Keroh terhadap suspek berusia 22 tahun.
Permohonan reman dikemukakan oleh Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, Sarjan Siti Norhayati Zainan.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan serta Seksyen 18(A) Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.
Sebelum ini, suspek yang bekerja sebagai penghantar barang ditahan kira-kira pukul 11 pagi di sebuah rumah di Taman Seri Kemendor, Jasin.
Penahanan dibuat susulan penularan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang memaparkan suspek menampar, menarik rambut serta melanggar kepala mangsa dengan motosikal.
Dalam kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan tisu lembut pada bahagian kepala dan pipi kanan sebelum dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.
Mangsa kemudian dibawa pulang oleh ibunya sebelum membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.
Berita berkaitan
March 20, 2026, 6:32 pm
Sambut Aidilfitri secara sederhana, elak pembaziran
March 20, 2026, 4:04 pm
Rakyat diingat elak pergaduhan kaum, jaga keharmonian negara
March 20, 2026, 2:51 pm
MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir di empat negeri
March 20, 2026, 2:45 pm
Lelaki dipukul guna kayu besbol, dipijak beramai-ramai selepas tarawih, empat suspek diburu
March 20, 2026, 2:37 pm
Rakyat disaran jimat tenaga dan air sepanjang Aidilfitri
March 20, 2026, 2:31 pm
Anwar, Modi sepakat gesa hentikan konflik Asia Barat
March 20, 2026, 11:21 am
Israel larang solat Aidilfitri di Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis lengang
March 19, 2026, 11:55 pm
