Berita Berita
Sambut Aidilfitri secara sederhana, elak pembaziran
BUKIT MERTAJAM, 18 Mac - Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia menyambut Aidilfitri secara sederhana dan berhemah dengan mengambil kira cabaran ekonomi semasa serta ketidaktentuan global.
Beliau berkata, walaupun Aidilfitri merupakan tradisi penting umat Islam, rakyat disaran mengelakkan pembaziran dan mengutamakan keperluan asas.
“Jika kebiasaannya menyediakan pelbagai jenis juadah, boleh dikurangkan dan tidak perlu berlebihan. Kita juga perlu menyimpan sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya.
Menurutnya, situasi global termasuk konflik antarabangsa turut memberi kesan kepada kestabilan ekonomi, khususnya melibatkan harga minyak dan gas.
Katanya, Malaysia masih mampu bertahan hasil pengurusan yang baik, namun rakyat perlu terus berwaspada dan berbelanja secara bijak.
Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri Kewangan menegaskan amalan berjimat cermat penting bagi memastikan kewangan isi rumah kekal stabil, terutama ketika berdepan kenaikan harga barangan.
Tambahnya, bulan Ramadan sepatutnya menjadi medan untuk membentuk disiplin diri termasuk dalam mengawal perbelanjaan.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Santai Akhir Ramadan Bersama Pimpinan Komuniti Permatang Pauh di Dewan Orang Ramai Permatang Pasir, di sini.
Berita berkaitan
March 20, 2026, 4:04 pm
Rakyat diingat elak pergaduhan kaum, jaga keharmonian negara
March 20, 2026, 2:51 pm
MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir di empat negeri
March 20, 2026, 2:45 pm
Lelaki dipukul guna kayu besbol, dipijak beramai-ramai selepas tarawih, empat suspek diburu
March 20, 2026, 2:37 pm
Rakyat disaran jimat tenaga dan air sepanjang Aidilfitri
March 20, 2026, 2:31 pm
Anwar, Modi sepakat gesa hentikan konflik Asia Barat
March 20, 2026, 12:54 pm
Lelaki belasah, langgar isteri guna motosikal direman empat hari
March 20, 2026, 11:21 am
Israel larang solat Aidilfitri di Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis lengang
March 19, 2026, 11:55 pm
