Berita Berita
Lelaki diserang dengan kayu, dipijak beramai-ramai empat individu selepas pulang solat tarawih di Kulai
KULAI 20 Mac – Seorang lelaki berusia 33 tahun cedera selepas diserang empat individu menggunakan kayu dan dipijak beramai-ramai ketika dalam perjalanan pulang dari masjid di Bukit Batu, di sini, Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Kulai, Tan Seng Lee berkata, pihaknya menerima laporan kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira jam 9.50 malam.
"Kejadian berlaku ketika mangsa, lelaki tempatan berusia 33 tahun sedang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menunaikan solat di masjid berkenaan.
"Siasatan awal mendapati mangsa memotong kereta jenis Proton Saga berwarna kelabu.
"Kenderaan itu kemudiannya dipercayai dipandu secara melulu sebelum memotong semula mangsa dan berhenti secara mengejut di hadapan motosikal mangsa sehingga memaksanya berhenti secara mendadak," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, empat lelaki yang berada dalam kenderaan itu kemudian turun dan seorang daripadanya memukul kepala mangsa menggunakan sebatang kayu sehingga mangsa terjatuh.
"Suspek lain turut memijak mangsa sebelum melarikan kunci motosikalnya dan beredar dari lokasi kejadian.
"Akibat kejadian itu, mangsa cedera di kepala sehingga memerlukan lima jahitan serta beberapa kecederaan lain pada anggota badan," katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 279 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan, manakala usaha mengesan semua suspek sedang giat dijalankan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai di talian 07-6632222 atau pegawai penyiasat, Inspektor R Harinnath di talian 017-5005731 bagi membantu siasatan.
Terdahulu, kejadian itu tular di media sosial yang mendakwa mangsa dipukul sekumpulan individu bertopeng menggunakan objek keras seperti kayu besbol selepas pulang menunaikan solat tarawih.
Berita berkaitan
March 20, 2026, 6:32 pm
Sambut Aidilfitri secara sederhana, elak pembaziran
March 20, 2026, 4:04 pm
Rakyat diingat elak pergaduhan kaum, jaga keharmonian negara
March 20, 2026, 2:51 pm
MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir di empat negeri
March 20, 2026, 2:45 pm
Lelaki dipukul guna kayu besbol, dipijak beramai-ramai selepas tarawih, empat suspek diburu
March 20, 2026, 2:37 pm
Rakyat disaran jimat tenaga dan air sepanjang Aidilfitri
March 20, 2026, 2:31 pm
Anwar, Modi sepakat gesa hentikan konflik Asia Barat
March 20, 2026, 12:54 pm
Lelaki belasah, langgar isteri guna motosikal direman empat hari
March 20, 2026, 11:21 am
Israel larang solat Aidilfitri di Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis lengang
March 19, 2026, 11:55 pm
