Berita Berita
MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir di empat negeri
PETALING JAYA 20 Mac - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan empat negeri petang ini.
Menurut agensi itu, keadaan cuaca buruk dijangka berlarutan sehingga pukul 5 petang.
Amaran melibatkan Pulau Pinang di kawasan Seberang Perai Utara, Tengah dan Selatan, selain Pahang membabitkan Tanah Tinggi Cameron dan Lipis.
Di Perak, hujan lebat dijangka melanda beberapa daerah termasuk Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak serta Batang Padang.
Sementara itu di Sarawak, kawasan terlibat ialah Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Sarikei (Meradong), Sibu, Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah) serta Kapit (Song dan Kapit).
Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat petunjuk ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang berpotensi berlaku dalam tempoh lebih satu jam.
Amaran ribut petir ini merupakan amaran jangka pendek yang sah untuk tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.
Berita berkaitan
March 20, 2026, 6:32 pm
Sambut Aidilfitri secara sederhana, elak pembaziran
March 20, 2026, 4:04 pm
Rakyat diingat elak pergaduhan kaum, jaga keharmonian negara
March 20, 2026, 2:45 pm
Lelaki dipukul guna kayu besbol, dipijak beramai-ramai selepas tarawih, empat suspek diburu
March 20, 2026, 2:37 pm
Rakyat disaran jimat tenaga dan air sepanjang Aidilfitri
March 20, 2026, 2:31 pm
Anwar, Modi sepakat gesa hentikan konflik Asia Barat
March 20, 2026, 12:54 pm
Lelaki belasah, langgar isteri guna motosikal direman empat hari
March 20, 2026, 11:21 am
Israel larang solat Aidilfitri di Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis lengang
March 19, 2026, 11:55 pm
