Berita Berita
Lelaki dipukul guna kayu besbol, dipijak beramai-ramai selepas tarawih, empat suspek diburu
KULAI 20 Mac - Seorang lelaki diserang sekumpulan empat individu menggunakan kayu besbol sebelum dipijak beramai-ramai ketika dalam perjalanan pulang selepas menunaikan solat tarawih di Bukit Batu, di sini, Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Kulai, Tan Seng Lee berkata, pihaknya mengesan kejadian itu susulan satu rakaman video tular yang memaparkan mangsa dipukul menggunakan objek keras.
Menurutnya, laporan polis berhubung kejadian itu diterima pada pukul 9.50 malam.
“Siasatan awal mendapati mangsa, lelaki tempatan berusia 33 tahun, sedang menunggang motosikal pulang ke rumah selepas menunaikan solat di masjid.
“Mangsa dipercayai memotong sebuah kereta Proton Saga sebelum kenderaan itu bertindak memotong semula dan berhenti secara mengejut di hadapannya,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, empat lelaki yang berada dalam kenderaan tersebut kemudian turun sebelum seorang daripadanya memukul kepala mangsa menggunakan kayu sehingga terjatuh.
“Suspek lain turut memijak mangsa sebelum melarikan kunci motosikal dan meninggalkan lokasi kejadian,” katanya.
Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di kepala sehingga memerlukan lima jahitan selain kecederaan pada anggota badan lain.
Kes disiasat mengikut Seksyen 279 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Menurutnya, usaha mengesan kesemua suspek sedang giat dijalankan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai atau pegawai penyiasat, Inspektor R Harinnath bagi membantu siasatan.
Polis turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.
Berita berkaitan
March 20, 2026, 6:32 pm
Sambut Aidilfitri secara sederhana, elak pembaziran
March 20, 2026, 4:04 pm
Rakyat diingat elak pergaduhan kaum, jaga keharmonian negara
March 20, 2026, 2:51 pm
MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir di empat negeri
March 20, 2026, 2:37 pm
Rakyat disaran jimat tenaga dan air sepanjang Aidilfitri
March 20, 2026, 2:31 pm
Anwar, Modi sepakat gesa hentikan konflik Asia Barat
March 20, 2026, 12:54 pm
Lelaki belasah, langgar isteri guna motosikal direman empat hari
March 20, 2026, 11:21 am
Israel larang solat Aidilfitri di Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis lengang
March 19, 2026, 11:55 pm
