Berita Berita
Rakyat diingat elak pergaduhan kaum, jaga keharmonian negara
PERMATANG PAUH 20 Mac - Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menegaskan rakyat Malaysia perlu mengelakkan sebarang bentuk pergaduhan kaum bagi memastikan negara terus kekal aman.
Beliau berkata, kestabilan negara amat penting terutama ketika berdepan tekanan ekonomi dan keselamatan global.
Menurutnya, sebarang konflik dalaman boleh memberi kesan besar kepada ekonomi serta kesejahteraan rakyat jika tidak ditangani dengan segera.
“Kita kena pastikan negara ini kekal aman. Jika berlaku pergaduhan, ia boleh menjejaskan ekonomi dan kehidupan rakyat,” katanya.
Beliau turut mengingatkan agar pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak pantas dalam menangani sebarang insiden yang berpotensi mencetuskan ketegangan.
Katanya, tindakan tegas perlu diambil tanpa kompromi bagi mengelakkan keadaan menjadi tidak terkawal.
Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa setiap perbezaan pendapat perlu diselesaikan mengikut saluran undang-undang.
“Walaupun ada perbezaan pandangan, semua pihak perlu patuh kepada undang-undang supaya keamanan negara terus terpelihara,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Santai Akhir Ramadan Bersama Pimpinan Komuniti Permatang Pauh di Dewan Orang Ramai Permatang Pasir, di sini.
Tambahnya, sebagai negara berbilang kaum dan agama, rakyat perlu terus mengamalkan sikap toleransi serta saling menghormati antara satu sama lain.
Menurutnya, perasaan tidak puas hati dalam kalangan masyarakat adalah perkara biasa, namun ia perlu diselesaikan secara baik tanpa mencetuskan konflik.
“Perbezaan itu normal, tetapi jangan sampai membawa kepada pergaduhan yang boleh merosakkan keharmonian negara,” katanya.
Berita berkaitan
March 20, 2026, 6:32 pm
Sambut Aidilfitri secara sederhana, elak pembaziran
March 20, 2026, 2:51 pm
MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir di empat negeri
March 20, 2026, 2:45 pm
Lelaki dipukul guna kayu besbol, dipijak beramai-ramai selepas tarawih, empat suspek diburu
March 20, 2026, 2:37 pm
Rakyat disaran jimat tenaga dan air sepanjang Aidilfitri
March 20, 2026, 2:31 pm
Anwar, Modi sepakat gesa hentikan konflik Asia Barat
March 20, 2026, 12:54 pm
Lelaki belasah, langgar isteri guna motosikal direman empat hari
March 20, 2026, 11:21 am
Israel larang solat Aidilfitri di Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis lengang
March 19, 2026, 11:55 pm
