Berita Berita
Anwar, Modi sepakat gesa hentikan konflik Asia Barat
KUALA LUMPUR 20 Mac - Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkongsi pendirian tegas Malaysia berhubung situasi di Asia Barat dalam perbualan telefon bersama rakan sejawatnya dari India, Narendra Modi, semalam.
Menerusi hantaran di media sosial, Anwar memaklumkan perbincangan itu memberi tumpuan kepada perkembangan semasa di rantau berkenaan, khususnya ketika bulan Ramadan yang sepatutnya menjadi waktu kedamaian.
Menurutnya, Malaysia mengecam tindakan pengeboman dan keganasan yang berlaku, selain menegaskan keperluan menghentikan konflik dengan segera.
“Kami sepakat untuk menyeru kepada penghentian segera pertempuran serta memperkukuh usaha ke arah damai melalui diplomasi dan dialog,” katanya.
Beliau berkata, kedua-dua negara turut bersetuju untuk memperkasakan kerjasama dalam menyuarakan pendirian bersama di peringkat antarabangsa.
Katanya, usaha itu akan melibatkan platform seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta BRICS.
Dalam masa sama, Anwar menegaskan kerjasama Malaysia dan India penting dalam menghadapi cabaran global termasuk ketidaktentuan ekonomi serta isu keterjaminan makanan.
Beliau turut menghargai ucapan Modi kepada rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Berita berkaitan
March 20, 2026, 6:32 pm
Sambut Aidilfitri secara sederhana, elak pembaziran
March 20, 2026, 4:04 pm
Rakyat diingat elak pergaduhan kaum, jaga keharmonian negara
March 20, 2026, 2:51 pm
MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir di empat negeri
March 20, 2026, 2:45 pm
Lelaki dipukul guna kayu besbol, dipijak beramai-ramai selepas tarawih, empat suspek diburu
March 20, 2026, 2:37 pm
Rakyat disaran jimat tenaga dan air sepanjang Aidilfitri
March 20, 2026, 12:54 pm
Lelaki belasah, langgar isteri guna motosikal direman empat hari
March 20, 2026, 11:21 am
Israel larang solat Aidilfitri di Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis lengang
March 19, 2026, 11:55 pm
