Berita Berita
Rumah di Seksyen 9, Shah Alam dipecah masuk, tiga suspek diburu
SHAH ALAM 21 Mac - Polis memburu tiga lelaki disyaki terlibat dalam kejadian pecah rumah di Seksyen 9, di sini, pada malam Rabu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, kejadian dipercayai berlaku antara pukul 8 malam hingga 11 malam membabitkan suspek tidak dikenali yang berpakaian serba hitam dan memakai pelitup muka.
Menurutnya, laporan polis diterima pada pukul 11.52 malam daripada seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 60-an yang juga pesara.
“Siasatan awal di lokasi mendapati rumah berkenaan tidak dilengkapi sistem kamera litar tertutup (CCTV) dan penggera keselamatan.
“Polis telah mendapatkan rakaman CCTV daripada pihak pengurusan kawasan perumahan serta jiran berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, usaha mengesan dan menahan kesemua suspek sedang giat dijalankan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun serta denda, dan bagi kesalahan berulang boleh dikenakan hukuman tambahan termasuk sebatan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohamad Amzar Mohamad Shuffie atau Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
Polis turut mengingatkan orang ramai supaya meningkatkan tahap keselamatan kediaman masing-masing bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berlaku.
Berita berkaitan
March 21, 2026, 11:58 am
Lelaki maut, lima cedera selepas Myvi terbabas elak anjing di Alor Gajah
March 21, 2026, 10:20 am
Niat beraya di Pulau Tioman tidak kesampaian, tiga beranak maut motosikal terbabas
March 21, 2026, 10:12 am
Wanita ditemui maut dengan kesan tikaman dalam bilik tidur di Butterworth
March 21, 2026, 9:24 am
Agong titah anasir ancam perpaduan dibanteras tegas
March 21, 2026, 7:39 am
JPJ kesan 2,384 kesalahan guna dron dalam Ops HRA
March 20, 2026, 6:32 pm
Sambut Aidilfitri secara sederhana, elak pembaziran
March 20, 2026, 4:04 pm
Rakyat diingat elak pergaduhan kaum, jaga keharmonian negara
March 20, 2026, 2:51 pm
MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir di empat negeri
March 20, 2026, 2:45 pm
