Berita Berita
Wanita ditemui maut dengan kesan tikaman dalam bilik tidur di Butterworth
BUTTERWORTH 21 Mac – Seorang wanita ditemukan maut dengan kesan tikaman pada dada di kediamannya di Taman Desa Murni, Sungai Dua, di sini, hari ini.
Mangsa berusia 52 tahun yang bekerja sebagai operator kilang ditemui terbaring berlumuran darah di dalam sebuah bilik tidur di tingkat atas rumah teres berkenaan kira-kira jam 9.30 pagi.
Kejadian terbongkar apabila suami mangsa berasa curiga apabila isterinya tidak turun menyediakan sarapan seperti kebiasaan.
Difahamkan, lelaki itu kemudian memeriksa bilik tidur yang berkunci dari dalam sebelum menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Susulan penemuan itu, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara bersama unit forensik menjalankan siasatan di lokasi kejadian.
Polis turut merampas sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.
Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dikesan setakat ini, manakala mangsa difahamkan merupakan pesakit psikiatri yang masih menjalani rawatan.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan bedah siasat yang dijadualkan di Hospital Seberang Jaya.
Berita berkaitan
March 21, 2026, 11:58 am
Lelaki maut, lima cedera selepas Myvi terbabas elak anjing di Alor Gajah
March 21, 2026, 10:20 am
Niat beraya di Pulau Tioman tidak kesampaian, tiga beranak maut motosikal terbabas
March 21, 2026, 9:24 am
Agong titah anasir ancam perpaduan dibanteras tegas
March 21, 2026, 7:58 am
Rumah di Seksyen 9, Shah Alam dipecah masuk, tiga suspek diburu
March 21, 2026, 7:39 am
JPJ kesan 2,384 kesalahan guna dron dalam Ops HRA
March 20, 2026, 6:32 pm
Sambut Aidilfitri secara sederhana, elak pembaziran
March 20, 2026, 4:04 pm
Rakyat diingat elak pergaduhan kaum, jaga keharmonian negara
March 20, 2026, 2:51 pm
MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir di empat negeri
March 20, 2026, 2:45 pm
