Berita Berita
Niat beraya di Pulau Tioman tidak kesampaian, tiga beranak maut motosikal terbabas
ROMPIN 10 Mac - Perjalanan percutian sebuah keluarga berakhir tragedi apabila tiga beranak maut selepas motosikal dinaiki terbabas di Jalan Tekek–Kampung Juara, Pulau Tioman, petang Sabtu.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, Mohd Sabri Ja’afar, 42, maut di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Rompin, Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, isteri mangsa, Aisyah Suhaimi, 32, serta anak lelaki mereka, Muhammad Yusuf Abdurrahman Mohd Sabri, 5, pula meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Tekek.
Menurutnya, siasatan awal mendapati keluarga dari Putrajaya itu baharu tiba di pulau peranginan berkenaan untuk bercuti sempena Aidilfitri sehingga Isnin.
“Mereka baru tiba hari ini (Sabtu) untuk cuti beraya di pulau itu sehingga Isnin ini.
“Ketika kejadian, mereka dipercayai dalam perjalanan pulang dari arah air terjun Kampung Juara menghala ke penginapan di Juara Mutiara Resort di sini dengan menggunakan motosikal jenis Yamaha Ego Avantiz yang disewa,” katanya.
Beliau berkata, motosikal ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan kiri.
Akibat kemalangan itu, Mohd Sabri disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala isteri dan anaknya meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan.
Tambahnya, jenazah ketiga-tiga mangsa akan dibawa ke Hospital Rompin menggunakan bot Pasukan Polis Marin untuk proses bedah siasat.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan polis sedang mengesan saksi bagi membantu siasatan,” katanya.
Berita berkaitan
March 21, 2026, 11:58 am
Lelaki maut, lima cedera selepas Myvi terbabas elak anjing di Alor Gajah
March 21, 2026, 10:12 am
Wanita ditemui maut dengan kesan tikaman dalam bilik tidur di Butterworth
March 21, 2026, 9:24 am
Agong titah anasir ancam perpaduan dibanteras tegas
March 21, 2026, 7:58 am
Rumah di Seksyen 9, Shah Alam dipecah masuk, tiga suspek diburu
March 21, 2026, 7:39 am
JPJ kesan 2,384 kesalahan guna dron dalam Ops HRA
March 20, 2026, 6:32 pm
Sambut Aidilfitri secara sederhana, elak pembaziran
March 20, 2026, 4:04 pm
Rakyat diingat elak pergaduhan kaum, jaga keharmonian negara
March 20, 2026, 2:51 pm
MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir di empat negeri
March 20, 2026, 2:45 pm
