TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Steven Sim tumpu usaha hebatkan perniagaan rakyat dalam 100 hari pertama

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 27 Mac – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim, menegaskan bahawa misi memperhebatkan perniagaan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama menjadi fokus utama beliau dalam tempoh 100 hari menerajui kementerian tersebut.

Beliau merakamkan penghargaan kepada seluruh warga KUSKOP atas kejayaan menjayakan pelbagai inisiatif yang memberi manfaat langsung kepada usahawan di seluruh negara melalui hantaran di laman Facebook miliknya hari ini.

Antara pencapaian utama yang dikongsikan termasuklah peningkatan dana pembiayaan Bumiputera di bawah TEKUN daripada RM300 juta kepada RM500 juta bagi memperkukuh ekonomi kumpulan sasar berkenaan.

Selain itu, skim pembiayaan baharu berjumlah RM100 juta telah diperkenalkan melalui SME Bank dan Bank Rakyat khusus bagi menyokong perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) kaum Cina.

Kementerian turut menaikkan dana pembiayaan bagi usahawan India melalui Skim SPUMI daripada RM30 juta kepada RM50 juta sebagai langkah memastikan keterangkuman ekonomi yang lebih menyeluruh.

Bagi memperkasa usahawan wanita pula, peruntukan besar berjumlah RM3 bilion melalui Dana DEWI telah disediakan yang dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 300,000 peserta di seluruh negara.

Sektor koperasi negara turut diperkukuhkan dengan peruntukan sebanyak RM254 juta, manakala inisiatif pembangunan bakat seperti SKM Business School diperkenalkan untuk membudayakan keusahawanan dalam kalangan pelajar.

Beberapa langkah proaktif lain termasuklah usaha mengurangkan birokrasi, penurunan kadar fi dan faedah, serta kerjasama strategik dengan platform digital seperti TikTok Shop bagi meluaskan pasaran usahawan tempatan.

+ - reset