Berita Berita
Minta wang perlindungan: Dua wakil MPPWP Wangsa Maju diarah letak jawatan
KUALA LUMPUR 27 Mac – Dua individu daripada Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) Wangsa Maju diarahkan melepaskan jawatan serta-merta susulan video tular yang mengaitkan mereka dengan dakwaan meminta wang perlindungan daripada sebuah premis perniagaan.
Keputusan terhadap R Vijeyndran dan G Paarthiydasan itu dibuat dalam mesyuarat Biro Politik PKR Wilayah Persekutuan, menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Wilayah Persekutuan, Azman Abidin.
Beliau berkata, tindakan tersebut diambil bagi memberi ruang sepenuhnya kepada siasatan polis serta siasatan dalaman parti dijalankan tanpa sebarang gangguan.
"Parti tidak akan bertolak ansur dan tidak akan melindungi mana-mana ahli atau wakil yang terlibat dalam amalan pemerasan, wang perlindungan atau salah guna kuasa. Keadilan mesti bermula dari dalam parti sendiri.
"Biro Politik juga mengarahkan Jawatankuasa Disiplin PKR Wilayah Persekutuan menjalankan siasatan dalaman secara menyeluruh dan melaporkan dapatan kepada Biro Politik dalam masa terdekat," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurut Azman, Biro Politik PKR turut mengingatkan semua ahli serta wakil parti bahawa kedudukan sebagai wakil penduduk merupakan amanah rakyat yang perlu dilaksanakan dengan penuh integriti.
"Sebarang penyelewengan akan ditangani dengan tegas tanpa kompromi. PKR akan terus memperjuangkan tadbir urus yang bersih, telus dan berkeadilan di Wilayah Persekutuan," katanya.
Dalam perkembangan sama, Biro Politik turut menyarankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya memperketat pemantauan terhadap aktiviti pusat urut di kawasan Wangsa Maju bagi memastikan pematuhan kepada undang-undang dan syarat lesen.
Terdahulu, tular di media sosial satu rakaman video yang memaparkan dua individu didakwa meminta wang perlindungan daripada sebuah premis perniagaan dipercayai di ibu negara.
Berita berkaitan
March 28, 2026, 5:43 pm
Budak 9 tahun maut disyaki didera, empat ahli keluarga direman
March 28, 2026, 4:03 pm
Dakwaan Nurul Izzah letak jawatan Timbalan Presiden PKR palsu - Fahmi
March 28, 2026, 2:12 pm
Jangan langgar syarak dan adat Melayu, Mufti tegur acara ‘Tidur Lambak’
March 28, 2026, 12:45 pm
Ramanan garis pencapaian 100 hari terajui KESUMA, skim lindungi pekerja diperkenal
March 28, 2026, 11:39 am
Kad kredit, debit asing disekat beli petrol RON95 mulai 1 April Ini
March 28, 2026, 10:43 am
'She said yes' - Syed Saddiq lamar Bella Astillah di Puncak Kinabalu, umum pertunangan
March 28, 2026, 10:06 am
Hampir 1,900 kapal terkandas di Selat Hormuz
March 27, 2026, 10:17 pm
Video dakwaan MPP minta wang perlindungan, polis sahkan terima tiga laporan
March 27, 2026, 8:36 pm
