TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Video dakwaan MPP minta wang perlindungan, polis sahkan terima tiga laporan

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 27 Mac – Polis membuka siasatan berhubung video tular yang memaparkan dakwaan dua individu dipercayai ahli Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Wilayah Persekutuan meminta wang perlindungan daripada sebuah pusat urut di Wangsa Maju.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus berkata, setakat ini tiga laporan polis telah diterima berkaitan kejadian tersebut.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana pemerasan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung penyebaran kandungan.

“Setakat ini, tiga laporan telah diterima dan siasatan masih dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Hannah Yeoh yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) dilaporkan mengarahkan laporan polis dibuat dan siasatan segera dijalankan berhubung dakwaan berkenaan.

Sebelum ini, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tular di media sosial memaparkan dua lelaki memperkenalkan diri sebagai ahli MPP ketika meminta wang daripada sebuah pusat urut.

Difahamkan, wang tersebut diminta sebagai balasan bagi mengelakkan tindakan diambil terhadap premis berkenaan susulan aduan penduduk setempat.

 

+ - reset