Berita Dunia
Amaran tsunami di pesisir Malaysia susulan gempa kuat magnitud 7.4 di Laut Maluku
JAKARTA 2 April – Gempa bumi kuat bermagnitud 7.4 yang melanda perairan timur Indonesia awal pagi Khamis telah mencetuskan amaran kemungkinan berlaku gelombang tsunami berbahaya di sepanjang pesisir pantai Indonesia, Filipina dan Malaysia.
Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan bahawa pusat gempa yang pada asalnya direkodkan bermagnitud 7.8 itu berlaku pada jam 6.48 pagi waktu tempatan di Laut Maluku berhampiran pulau Ternate.
Pusat Amaran Tsunami Pasifik yang berpangkalan di Hawaii turut mengeluarkan amaran gelombang tsunami yang boleh mencecah jarak sehingga 1,000 kilometer dari pusat gegaran tersebut.
Gegaran kuat itu dilaporkan dirasai dengan jelas di wilayah Sulawesi Utara sehingga menyebabkan penduduk dan pelajar sekolah di bandar Manado bertempiaran lari keluar dari bangunan untuk menyelamatkan diri.
Seorang wartawan agensi berita antarabangsa di lokasi kejadian memaklumkan bahawa gegaran berlaku dalam tempoh yang agak lama sehingga mengejutkan orang ramai daripada tidur.
Walaupun panik melanda kawasan terlibat, laporan awal menyatakan tiada kerosakan besar atau kehilangan nyawa dikesan setakat ini di kawasan yang dirasai gegaran tersebut.
Pihak berkuasa di negara-negara terlibat kini sedang memantau rapi situasi di pesisir pantai bagi menghadapi sebarang kemungkinan kenaikan paras air laut susulan amaran tsunami yang dikeluarkan.
Berita berkaitan
October 22, 2026, 1:59 pm
'Mereka selalu anggap masykarat kita kelas kedua', Boy Hamzah dedah kenapa buat video herdik Malaysia
October 21, 2026, 11:25 am
'Dah macam bengkel motor', kilang keropok di Indonesia mula jadi bualan netizen
October 19, 2026, 9:54 pm
Paderi maut ditimpa kayu salib ketika 'live' di gereja
October 17, 2026, 6:07 pm
Jerebu cetus tahap amaran tertinggi di Asia Tenggara
October 17, 2026, 1:39 pm
Indonesia rekod 354 titik panas, kualiti udara kekal membimbangkan
October 17, 2026, 10:43 am
Asap kebakaran hutan Kalimantan dah sampai Jakarta
October 16, 2026, 6:31 pm
Wanita jatuh tebing lepas baring atas batu sungai
October 15, 2026, 12:37 pm
Hutan hijau terus dibakar lagi bagai tiada penyesalan di Indonesia
October 15, 2026, 12:19 pm
Pelajar, guru pakai tudung dilarang masuk sekolah di Azerbajian
October 15, 2026, 10:23 am
