Berita Berita
Lelaki didenda RM7,000 tunjuk 'anu' depan budak 12 tahun di kawasan sekolah
JOHOR BAHRU 8 April – Seorang bapa kepada seorang anak dijatuhkan hukuman denda RM7,000 selepas mengaku salah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan menunjukkan kemaluannya kepada seorang kanak-kanak, minggu lalu.
Menurut laporan Malaysia Gazette, tertuduh, Ong Sheo Ming, 54, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam bahasa mandarin di hadapan Hakim Nor Aziah Jaafar.
Nor Aziah juga memerintahkan tertuduh yang tidak bekerja menjalani pengawasan polis selama setahun dan akan dipenjara tujuh bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut
Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan amang seksual bukan fizikal dengan cara menunjukkan kemaluan kepada kanak-kanak berusia 12 tahun bagi maksud seksual di kawasan Sekolah Kebangsaan Bandar Uda 2, Tampoi di sini pukul 1.30 petang, 1 April lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 15(a)(i) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(a) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, dalam rayuannya, tertuduh yang tidak diwakili peguam meminta agar hukumannya diringankan kerana sudah tidak lagi bekerja di Singapura sebelum ini.
“Saya sudah berusia lebih 50 tahun dan susah mencari kerja dan isteri saya pula warga Indonesia.
“Saya menyesal atas perbuatan yang dilakukan dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan serta mengubah menjadi lebih baik,” ujar bapa kepada anak lelaki berusia tiga tahun itu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Wahida Shahudin.
Mengikut fakta kes, ketika kejadian mangsa bersama-sama adik saudaranya sedang berjalan di kawasan kejadian sebelum secara tiba-tiba suspek yang menaiki sebuah kereta Honda Accord berwarna hitam memanggil mereka datang.
Kemudian mangsa dan adik saudaranya berhenti di tepi kereta itu sebelum suspek bertanya lokasi tandas dan mangsa telah melihat seluar suspek dalam keadaan diturunkan dengan suspek memegang kemaluan sambil memandang ke arah mangsa.
Berita berkaitan
April 9, 2026, 10:51 am
Kerajaan gagal beri penjelasan harga minyak, PGIRM tuntut mekanisme APM dinilai semula
April 9, 2026, 10:45 am
Guru sekolah swasta maut dilanggar treler di Lebuhraya SILK
April 9, 2026, 10:30 am
Prestasi penjawat awam Malaysia lebih baik berbanding negara jiran - PM
April 8, 2026, 10:39 pm
Harga diesel Semenanjung RM6.72 seliter
April 8, 2026, 7:13 pm
Kerajaan teliti guna MyKad, MyKasih untuk diesel bersasar
April 8, 2026, 4:29 pm
