TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Guru sekolah swasta maut dilanggar treler di Lebuhraya SILK

By
|
Kongsi
image

KAJANG 9 April – Seorang guru sekolah swasta maut selepas motosikal yang ditungganginya terjatuh sebelum dilanggar sebuah treler dalam kemalangan di KM 21.7 Lebuhraya SILK arah Semenyih, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang mengesahkan kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.30 petang itu melibatkan sebuah treler dan dua buah motosikal.

Siasatan awal polis mendapati nahas berpunca apabila motosikal yang ditunggang mangsa, seorang lelaki warga tempatan berusia 25 tahun, telah melanggar bahagian belakang sebuah lagi motosikal dari arah yang sama.

"Pelanggaran tersebut menyebabkan mangsa hilang kawalan lalu terjatuh ke arah sebuah treler yang sedang bergerak terus. Pemandu treler yang tidak menyedari kejadian itu telah terlanggar mangsa bersama motosikalnya," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Akibat kecederaan pelbagai yang dialami, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak perubatan.

Bagaimanapun, pemandu treler serta penunggang dan pembonceng sebuah lagi motosikal yang terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pihak polis menyeru mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nur Faezah Mohd Zakria di talian 012-3268496 bagi membantu siasatan lanjut.

+ - reset