Berita Berita
6,717 pelajar 10A SPM dapat tawaran masuk matrikulasi tanpa mengira kaum, latar belakang - KPM
KUALA LUMPUR 8 April - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menawarkan kemasukan secara automatik ke Program Matrikulasi kepada semua 6,717 calon yang memperoleh keputusan 10A dan ke atas dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 bagi sesi 2026/2027.
"KPM akan menawarkan semua 6,717 calon yang memperoleh 10A ke atas dalam peperiksaan SPM 2025 ke Program Matrikulasi bagi Sesi 2026/2027.
"Tawaran automatik ini diberikan kepada semua calon yang memohon ke Program Matrikulasi tanpa mengambil kira kaum dan latar belakang," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Dalam pada itu, kuota kemasukan 90 peratus Bumiputera ke program berkenaan kekal dan tidak terjejas.
Semalam, Setiausaha Agung Democratic Action Party (DAP), Anthony Loke, mengesyorkan semua pelajar cemerlang SPM 2025 yang memperoleh keputusan 10A diberikan penempatan automatik dalam program matrikulasi.
Katanya, langkah itu sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan akademik serta penting bagi memastikan akses pendidikan yang adil kepada pelajar berprestasi tinggi, di samping memanfaatkan potensi mereka untuk pembangunan negara.
Sehubungan itu, beliau berkata DAP menggesa kerajaan meneruskan dasar berkenaan selain memberi pertimbangan sewajarnya kepada pelajar cemerlang terbabit.
Media sebelum ini melaporkan seramai 13,779 calon SPM 2025 atau 3.55 peratus memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran.
Ketua Pengarah Pendidikan, Mohd Azam Ahmad, dipetik berkata seramai 376 calon pula mendapat gred A+ untuk semua mata pelajaran, meningkat berbanding tahun 2024.
Berita berkaitan
April 9, 2026, 10:51 am
Kerajaan gagal beri penjelasan harga minyak, PGIRM tuntut mekanisme APM dinilai semula
April 9, 2026, 10:45 am
Guru sekolah swasta maut dilanggar treler di Lebuhraya SILK
April 9, 2026, 10:30 am
Prestasi penjawat awam Malaysia lebih baik berbanding negara jiran - PM
April 8, 2026, 10:39 pm
Harga diesel Semenanjung RM6.72 seliter
April 8, 2026, 7:13 pm
Kerajaan teliti guna MyKad, MyKasih untuk diesel bersasar
April 8, 2026, 4:29 pm
Polis digantung tugas antara enam suspek samun menyamar anggota di Sentul
April 8, 2026, 3:18 pm
