TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Prestasi penjawat awam Malaysia lebih baik berbanding negara jiran - PM

By
|
Kongsi
image

PUTRAJAYA 9 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan prestasi penjawat awam di negara ini amat membanggakan, malah lebih baik berbanding negara jiran terutamanya ketika mendepani krisis global yang mencabar.

Beliau menegaskan bahawa pencapaian ekonomi semasa yang memberangsangkan bukan hanya bergantung kepada kepimpinan semata-mata, sebaliknya adalah hasil usaha kolektif seluruh jentera kerajaan, sektor swasta dan rakyat.

"Angka terakhir oleh Bank Negara dua minggu lalu meletakkan prestasi kita sangat baik, lebih baik daripada yang kita unjurkan," katanya ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengangkutan di sini, hari ini.

Anwar turut memperincikan beberapa indikator ekonomi yang positif termasuk pertumbuhan ekonomi yang melonjak, nilai pelaburan tertinggi dalam sejarah negara, kadar inflasi yang rendah serta pengukuhan nilai ringgit antara yang terbaik di Asia.

Menurut beliau, pencapaian tersebut berjaya direalisasikan kerana keupayaan penjawat awam dan golongan pekerja yang berfungsi sebagai satu pasukan yang mantap dalam memacu pembangunan negara.

Beliau menyeru agar semangat kerja berpasukan ini diteruskan bagi mengekalkan momentum kecemerlangan ekonomi Malaysia di persada antarabangsa.

+ - reset