Berita Berita
Kerajaan gagal beri penjelasan harga minyak, PGIRM tuntut mekanisme APM dinilai semula
KUALA LUMPUR 9 April – Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) menggesa kerajaan agar berhenti berselindung di sebalik formula dan segera tampil menjelaskan kekeliruan rakyat berhubung turun naik harga bahan api serta kenaikan kos sara hidup.
Presidennya, Azmi Mohd Tahir berkata, PGIRM menerima pelbagai aduan daripada rakyat yang keliru apabila harga minyak dunia dilaporkan tidak menentu, namun tekanan harga diesel dan barangan keperluan di dalam negara terus membebankan pengguna.
Beliau menyifatkan kegagalan komunikasi dan ketelusan daripada pihak berwajib sebagai punca utama berlakunya spekulasi serta ketidakpercayaan rakyat terhadap dasar kerajaan.
"Apabila mekanisme ini dilaksanakan tanpa penjelasan yang jelas dan telus, ia membuka ruang kepada salah faham. Malah, rakyat sering dilabel menyebarkan maklumat tidak tepat sedangkan punca utamanya adalah kegagalan komunikasi kerajaan sendiri," katanya dalam kenyataan hari ini.
Azmi turut mempersoalkan kebergantungan sepenuhnya terhadap Automatic Pricing Mechanism (APM) tanpa mengambil kira kesan langsung kepada kehidupan rakyat, sedangkan negara lain mampu mengambil langkah intervensi bagi mengurangkan beban.
Sehubungan itu, PGIRM mengemukakan beberapa tuntutan utama termasuk menggesa kerajaan menilai semula pelaksanaan APM dan mengembalikan elemen subsidi yang lebih menyeluruh atau bersasar secara efektif bagi melindungi golongan terkesan.
"Ini bukan sekadar isu harga minyak, tetapi isu keutamaan dasar dan kebertanggungjawaban. Kerajaan perlu menghentikan pendekatan menyalahkan rakyat dan sebaliknya memperkukuh komunikasi dasar secara konsisten," tegasnya.
PGIRM menekankan bahawa rakyat sebagai pemegang hak berhak mendapat penjelasan yang jujur serta dasar yang adil, memandangkan ketelusan dalam setiap keputusan yang memberi kesan kepada kehidupan harian adalah satu tanggungjawab kerajaan.
Berita berkaitan
November 9, 2026, 4:03 pm
'Semua masalah Melaka dia tahu’ - Adly yakin Ashraf Minghat mampu bela nasib rakyat Durian Tunggal
November 9, 2026, 3:01 pm
PRN Melaka: Gigih turun rumah ke rumah, calon PH Durian Tunggal faham keperluan penduduk
November 9, 2026, 2:44 pm
Konsert The Weeknd di Malaysia didakwa ada unsur pemujaan, Jakim mula siasatan
November 9, 2026, 2:19 pm
Buang mayat bayi baru lahir dalam longkang, pembantu kedai makan dipenjara tiga bulan, denda RM5,000
November 9, 2026, 12:32 pm
Pelajar tingkatan tiga maut, motosikal bertembung kereta rasmi polis di Terengganu
November 9, 2026, 10:48 am
Suami isteri menyamar polis dicekup penduduk kampung ketika tipu warga emas RM50,000 di Dungun
November 9, 2026, 10:18 am
