Berita Berita
Rumah terbuka Aidilfitri oleh bukan Islam harus jika patuhi syarat, elak premis ibadat
KUALA LUMPUR 9 April – Penganjuran rumah terbuka Aidilfitri oleh mana-mana pihak termasuk bukan Islam adalah harus, namun perlu mematuhi syarat-syarat jelas bagi mengelakkan kekeliruan akidah dan sensitiviti agama.
Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali menjelaskan bahawa tiada halangan untuk penganjuran majlis sedemikian sekiranya ia tidak diadakan di dalam premis ibadat seperti kawasan sembahan tokong serta tidak melibatkan sebarang ritual keagamaan bukan Islam.
Menurut beliau, antara syarat lain yang perlu dipenuhi termasuklah penyediaan makanan dan minuman yang halal dan bersih, selain memastikan acara tersebut kekal sebagai aktiviti sosial semata-mata.
"Jika ada unsur ritual agama atau dibuat dalam ruang sembahan yang boleh menimbulkan kekeliruan akidah, ia boleh jatuh haram. Namun, jika dibuat untuk memupuk perpaduan dan dikawal dengan adab serta etika, ia amat digalakkan," katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Mengulas mengenai larangan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) terhadap sebuah persatuan tokong di Butterworth baru-baru ini, Sheikh Umar berkata pendekatan hukum perlu menilai keseimbangan antara penjagaan agama dan maslahah (kepentingan) sosial.
Beliau menegaskan, sekiranya sesuatu perkara yang membawa manfaat itu berisiko mendatangkan mudarat yang lebih besar, maka tindakan mengelak mudarat tersebut perlu diutamakan.
"Islam tidak menolak interaksi sosial dan hubungan baik antara penganut agama berbeza. Saya mengajak semua pihak melihat isu ini dengan hikmah agar kita dapat terus membina negara yang bersatu padu dalam latar kemajmukan Malaysia," ujarnya lagi.
Kenyataan beliau menyusul selepas timbulnya perdebatan mengenai penganjuran rumah terbuka Aidilfitri oleh Persatuan Tean Hock Keong yang dibatalkan oleh pihak berkuasa agama atas faktor sensitiviti masyarakat Islam.
Berita berkaitan
April 9, 2026, 8:39 pm
Terkejut ada orang buang bayi baru lahir atas sofa depan rumah di Klang
April 9, 2026, 7:20 pm
Dakwaan nepotisme tidak berasas, Dr. Dzulkefly tarik balik saman terhadap Najib
April 9, 2026, 5:51 pm
Kerajaan suntik RM310 juta perkukuh industri filem, kandungan kreatif tempatan
April 9, 2026, 5:47 pm
Tiada niat fitnah, Najib akui Dr. Dzulkefly tidak terlibat amalan nepotisme
April 9, 2026, 5:38 pm
PKR belum bincang gesaan tindakan terhadap Rafizi Ramli - Fahmi
April 9, 2026, 3:23 pm
Pembela sokong larangan penganjuran rumah terbuka Aidilfitri oleh persatuan tokong
April 9, 2026, 1:59 pm
