Berita Berita
'Bulan ini mungkin belum nampak ketara' - Anwar gesa rakyat Malaysia bersedia hadapi kenaikan harga barang
PUTRAJAYA 9 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menggesa rakyat bersiap sedia menghadapi kenaikan harga barangan susulan krisis minyak global yang tercetus akibat konflik di Iran.
Menurut laporan Malaysiakini, Anwar dalam ucapannya menegaskan situasi semasa tidak boleh dipandang ringan walaupun kesannya belum dirasai sepenuhnya oleh orang ramai.
“Memang ada masalah walaupun belum nampak jelas kerana belum ada barisan di stesen minyak. Hakikatnya, harga sudah pun meningkat,” katanya.
Beliau turut memberi amaran bahawa kenaikan kos akan turut melibatkan sektor lain, termasuk harga baja yang dijangka melonjak berikutan kebergantungan tinggi negara terhadap import.
“Bulan ini mungkin belum ketara, tetapi harga baja akan meningkat tinggi kerana peratus import yang besar,” jelasnya.
Sehubungan itu, Anwar mengingatkan penjawat awam supaya bersedia memainkan peranan membantu kerajaan menangani kesan daripada situasi tersebut.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Pengangkutan di Putrajaya.
Menurutnya, walaupun Malaysia berjaya memastikan laluan kapal tangki minyak kekal selamat melalui Selat Hormuz, kos lain tetap meningkat akibat konflik berkenaan.
Antara faktor yang menyumbang termasuk kenaikan premium insurans maritim serta caj penghantaran yang lebih tinggi.
“Ini bermakna kos untuk memproses minyak yang sampai ke Pengerang juga meningkat,” katanya.
Berita berkaitan
April 9, 2026, 8:39 pm
Terkejut ada orang buang bayi baru lahir atas sofa depan rumah di Klang
April 9, 2026, 7:20 pm
Dakwaan nepotisme tidak berasas, Dr. Dzulkefly tarik balik saman terhadap Najib
April 9, 2026, 5:51 pm
Kerajaan suntik RM310 juta perkukuh industri filem, kandungan kreatif tempatan
April 9, 2026, 5:47 pm
Tiada niat fitnah, Najib akui Dr. Dzulkefly tidak terlibat amalan nepotisme
April 9, 2026, 5:38 pm
PKR belum bincang gesaan tindakan terhadap Rafizi Ramli - Fahmi
April 9, 2026, 3:28 pm
Rumah terbuka Aidilfitri oleh bukan Islam harus jika patuhi syarat, elak premis ibadat
April 9, 2026, 3:23 pm
Pembela sokong larangan penganjuran rumah terbuka Aidilfitri oleh persatuan tokong
April 9, 2026, 1:59 pm
