Berita Berita
Dakwaan nepotisme tidak berasas, Dr. Dzulkefly tarik balik saman terhadap Najib
KUALA LUMPUR 9 April – Kes saman sivil fitnah yang difailkan oleh Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad terhadap Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berakhir hari ini selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan perkara tersebut secara baik di Mahkamah Tinggi.
Menerusi satu kenyataan media, Dr. Dzulkefly memaklumkan bahawa Najib telah bersetuju untuk memuat naik kenyataan penjelasan di platform Facebook beliau dan menurunkan hantaran lama yang menjadi punca pertikaian tersebut.
Keputusan itu dicapai susulan kenyataan Najib di hadapan Hakim Mahazan Mat Taib yang secara jelas menerima fakta bahawa Dr. Dzulkefly tidak terlibat dalam pelantikan anak perempuannya, Puan Nurul Iman, ke jawatan dalam Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) pada tahun 2018.
"Beliau (Najib) menerima bahawa saya tidak terlibat dalam pelantikan-pelantikan tersebut dan bahawa tiada unsur nepotisme di pihak saya. Ini sekali gus memperjelaskan bahawa dakwaan terhadap saya sebelum ini adalah tidak berasas," kata Dr. Dzulkefly.
Susulan persetujuan tersebut, Dr. Dzulkefly mengesahkan beliau telah memberhentikan saman sivil tersebut dan menganggap kes berkenaan kini selesai sepenuhnya.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada pihak mahkamah, barisan peguam, serta ahli keluarga dan rakan seperjuangan yang memberikan sokongan sepanjang proses undang-undang berlangsung.
"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakan media atas liputan yang adil dan profesional yang diberikan kepada kes ini dari awal sehingga tamat," tambahnya lagi.
Penyelesaian ini menamatkan pertikaian undang-undang yang bermula sejak tahun 2020 berkaitan ulasan politik Najib yang didakwa memberi gambaran salah mengenai integriti Dr. Dzulkefly berhubung pelantikan ahli keluarganya ke entiti berkaitan kerajaan.
Berita berkaitan
April 9, 2026, 8:39 pm
Terkejut ada orang buang bayi baru lahir atas sofa depan rumah di Klang
April 9, 2026, 5:51 pm
Kerajaan suntik RM310 juta perkukuh industri filem, kandungan kreatif tempatan
April 9, 2026, 5:47 pm
Tiada niat fitnah, Najib akui Dr. Dzulkefly tidak terlibat amalan nepotisme
April 9, 2026, 5:38 pm
PKR belum bincang gesaan tindakan terhadap Rafizi Ramli - Fahmi
April 9, 2026, 3:28 pm
Rumah terbuka Aidilfitri oleh bukan Islam harus jika patuhi syarat, elak premis ibadat
April 9, 2026, 3:23 pm
Pembela sokong larangan penganjuran rumah terbuka Aidilfitri oleh persatuan tokong
April 9, 2026, 1:59 pm
