TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Terkejut ada orang buang bayi baru lahir atas sofa depan rumah di Klang

By
|
Kongsi
image

SHAH ALAM 9 April - Seorang bayi lelaki ditemui dalam keadaan berbalut serta masih bernyawa di atas sofa di luar sebuah rumah di kawasan Rantau Panjang, Klang, pagi semalam. 

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, laporan berhubung penemuan bayi berkenaan diterima pihaknya dari seorang lelaki tempatan, kira-kira jam 11 pagi.

"Bertindak atas maklumat tersebut, pasukan penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara ke lokasi kejadian dan menemui bayi berkenaan dalam keadaan berbalut, masih hidup, cukup sifat dan tidak mempunyai sebarang kesan kecederaan luaran. 

"Bayi tersebut kini dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) klang untuk rawatan lanjut di wad Unit Rawatan Rapi Bayi (SCN)," katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Beliau berkata, polis kini sedang menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti identiti bayi serta mengesan pihak yang terlibat. 

"Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi IPD Klang Utara di talian 03-32912222 atau pegawai penyiasat, Inspektor Mohd Khairolazuan Mohd Supian di talian 011-16937331

"Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan," katanya.

+ - reset