TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Kerajaan suntik RM310 juta perkukuh industri filem, kandungan kreatif tempatan

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 9 April – Kerajaan mengumumkan peruntukan besar berjumlah RM310 juta bagi memperkasakan industri perfileman negara serta merancakkan penghasilan kandungan kreatif tempatan.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM300 juta diperuntukkan melalui Insentif Penggambaran Filem di Malaysia (FIMI) bagi tempoh lima tahun akan datang.

"Peruntukan ini bertujuan menarik lebih banyak produksi antarabangsa untuk memilih Malaysia sebagai lokasi penggambaran, sekali gus membuka peluang pekerjaan yang lebih luas kepada penggiat seni tempatan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Simposium Seniman 2026 di Pusat Konvensyen MPAJ, Taman Melawati, hari ini.

Selain insentif produksi antarabangsa, Fahmi turut mengumumkan pelancaran Dana Citra bernilai RM10 juta yang dikhususkan untuk pembangunan kandungan berteraskan identiti nasional.

Beliau menjelaskan bahawa dana tersebut akan memberi fokus kepada karya-karya yang mengangkat nilai kebangsaan merangkumi penerbitan filem cereka, dokumentari, dan juga filem pendek.

Langkah strategik ini dilihat sebagai usaha berterusan kerajaan dalam memastikan ekosistem perfileman Malaysia kekal kompetitif di peringkat global selain memartabatkan citra budaya tempatan menerusi skrin perak.

+ - reset