TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Tiada niat fitnah, Najib akui Dr. Dzulkefly tidak terlibat amalan nepotisme

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 9 April – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini menjelaskan bahawa hantaran Facebook beliau pada Ogos 2020 berhubung pelantikan anak perempuan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, tidak bertujuan untuk memfitnah atau menuduh Menteri Kesihatan itu mengamalkan nepotisme.

Menerusi satu kenyataan hari ini, Najib mengambil maklum mengenai saman sivil yang difailkan oleh Dr. Dzulkefly berhubung dakwaan pelantikan Puan Nurul Iman ke dalam Lembaga Pengarah AIM Solutions Group Bhd dan Lembaga Pemegang Amanah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) pada tahun 2018.

Najib mengakui bahawa Dr. Dzulkefly tidak terlibat dalam pelantikan-pelantikan tersebut dan menerima fakta bahawa tiada unsur nepotisme di pihak Ahli Parlimen Kuala Selangor itu.

"Saya ingin menjelaskan bahawa hantaran tersebut tidak bertujuan untuk memfitnah, dan juga tidak bertujuan untuk membayangkan bahawa plaintif adalah korup atau terlibat dalam nepotisme serta kronisme.

"Sebaliknya, ia bertujuan untuk menonjolkan persepsi mengenai standard berganda dalam kalangan parti-parti politik," katanya dalam kenyataan tersebut.

Tambah Najib, hantaran itu diterbitkan dalam kapasiti beliau sebagai Ahli Parlimen sebagai ulasan politik umum mengenai isu tadbir urus dan pelantikan ke entiti berkaitan kerajaan yang menjadi perdebatan awam pada ketika itu.

Meskipun menyifatkannya sebagai ulasan politik, Najib mengakui hantaran berkenaan telah menimbulkan kesusahan kepada Dr. Dzulkefly serta keluarga, sesuatu yang menurutnya bukanlah niat asal beliau.

"Dalam semangat untuk bergerak ke hadapan secara konstruktif, saya ingin mengucapkan yang terbaik kepada Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dalam khidmat beliau yang berterusan kepada rakyat dan negara," ujarnya lagi.

+ - reset