TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

PKR belum bincang gesaan tindakan terhadap Rafizi Ramli - Fahmi

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 9 April – Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Fahmi Fadzil mengesahkan setakat ini tiada sebarang perbincangan rasmi dilakukan di peringkat parti berhubung gesaan supaya tindakan diambil terhadap bekas Timbalan Presidennya, Rafizi Ramli.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi memaklumkan bahawa isu tersebut masih belum dibawa ke mana-mana platform perbincangan kepimpinan PKR buat masa ini.

"Belum ada dan tak dibincangkan," katanya ringkas kepada media selepas menghadiri Simposium Seniman 2026 di Pusat Konvensyen MPAJ, Taman Melawati, hari ini.

Terdahulu, kedudukan Rafizi menjadi perhatian selepas beberapa pimpinan PKR di peringkat negeri menyuarakan kebimbangan terhadap siri kenyataan beliau yang didakwa berisiko menggugat keharmonian dalaman parti.

Antara yang lantang menyuarakan kegusaran tersebut ialah Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Johor, Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa bersama timbalannya, Md. Ysahrudin Kusni.

Menerusi kenyataan bersama, mereka menyifatkan tindakan Rafizi bukan sekadar perbezaan pandangan biasa, sebaliknya boleh memberi kesan negatif kepada kestabilan organisasi jika tidak ditangani dengan baik.

+ - reset