Berita Berita
Pemilik keluarkan bahan keagamaan sebelum tokong tidak berdaftar di Jasin dirobohkan
JASIN 10 April – Semua peralatan penyembahan di sebuah tokong yang terletak di Jalan Jeti Anjung Batu – Pantai Siring telah dikeluarkan oleh pemiliknya sendiri sebelum kerja-kerja perobohan dilaksanakan sepenuhnya pagi tadi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serkam, Datuk Zaidi Attan berkata, tindakan tersebut merupakan hasil persetujuan yang dicapai antara wakil pemilik tanah dan agensi terlibat dalam satu pertemuan semalam.
Menurut beliau, langkah mengeluarkan bahan-bahan suci tersebut adalah prosedur penting bagi menghormati sensitiviti agama penganut lain sebelum proses perubahan tapak dilakukan oleh pihak berkuasa.
"Seperti yang dijanjikan, bahan sembahan suci telah pun dikeluarkan oleh pemilik tanah dan pemilik bangunan sendiri hari ini sebelum kerja meroboh dimulakan bagi memastikan proses tersebut berjalan lancar," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Tinjauan di lokasi mendapati kerja-kerja merobohkan struktur tersebut bermula kira-kira jam 10 pagi dan tamat sepenuhnya dalam tempoh 30 minit kemudian tanpa sebarang insiden tidak diingini.
Zaidi menjelaskan bahawa tapak tersebut bukan sebuah tokong berdaftar dan proses perobohan turut disaksikan oleh wakil Pejabat Daerah dan Tanah, pihak berkuasa tempatan (PBT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Kerja Raya (JKR) mengikut tatacara yang ditetapkan.
Beliau turut menekankan kepentingan memperkemaskan garis panduan serta prosedur operasi standard (SOP) berkaitan pencerobohan tapak ibadat tidak sah bagi mengelakkan isu serupa berulang pada masa hadapan.
Tambah beliau, pengalaman lalu dalam menguruskan pengiktirafan tapak ibadat bukan Islam yang sah harus dijadikan rujukan utama bagi memastikan keharmonian masyarakat berbilang kaum di kawasan tersebut terus terpelihara.
Berita berkaitan
April 10, 2026, 6:49 pm
Hannah Yeoh cadang orang ramai masuk KL lebih awal kurangkan sesak waktu puncak
April 10, 2026, 5:29 pm
Polis sahkan pegawai berpangkat DSP ditahan disyaki dalang kes samun RM4.4 juta
April 10, 2026, 5:14 pm
Enam kapal Malaysia 'lepas' Selat Hormuz, bekalan minyak terkawal - PM
April 10, 2026, 2:34 pm
KKM pertimbang naikkan elaun jururawat elak hijrah ke luar negara
April 10, 2026, 2:08 pm
Lelaki didakwa rotan anak hingga berbirat kerana curi duit ibu RM30 mahu beli mercun
April 10, 2026, 12:27 pm
Anwar Ibrahim zahir duka atas pemergian Kamal Kharazi, sifatkan sebagai sahabat akrab
April 10, 2026, 12:16 pm
