TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Harga ubat, peranti perubatan naik hingga 100 peratus susulan konflik Timur Tengah

By
|
Kongsi
image

PUTRAJAYA 10 April – Harga ubat-ubatan dan peranti perubatan di negara ini disahkan mengalami kenaikan mendadak ekoran konflik yang sedang berterusan di Timur Tengah, lapor Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

Beliau menjelaskan bahawa kenaikan tersebut berkait rapat dengan faktor industri serta peningkatan kos input utama seperti harga minyak global.

"Bagi harga ubat-ubatan, memang berlaku peningkatan yang dianggarkan sekitar 30 hingga 40 peratus bagi kes-kes tertentu, manakala bagi peranti perubatan spesifik, kenaikannya mungkin lebih tinggi," katanya kepada pemberita selepas sambutan Hari Pendengaran Sedunia 2026 di sini, hari ini.

Dr. Dzulkefly turut mendedahkan bahawa isu kos melibatkan peranti perubatan telah dikesan seawal Mac lalu, dengan beberapa peralatan mencatatkan lonjakan harga antara 50 hingga 100 peratus.

Menurut beliau, kementerian terpaksa menangguhkan beberapa perkara tertentu sebelum ini bagi mengimbangi situasi, namun impak rantaian bekalan menyebabkan kenaikan harga tersebut akhirnya berlaku lebih awal daripada jangkaan.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan bahawa stok simpanan ubat-ubatan di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) masih stabil untuk menampung keperluan sehingga Jun depan.

"Secara keseluruhan, tahap stok kita masih stabil kerana selain simpanan KKM, pihak industri dan pihak berkepentingan lain turut mengekalkan bekalan masing-masing.

"Walaupun keadaan masih terkawal, kita tidak boleh mengambil mudah perkara ini dan akan terus memantau situasi semasa," tambahnya lagi.

+ - reset