Berita Berita
Polis sahkan suspek conteng kalimah Allah pada dinding tokong sakit mental
MELAKA 11 April – Polis mengesahkan individu yang terlibat dalam insiden penulisan kalimah ALLAH dan Bismillahirrahmanirrahim di sebuah tokong di Persisiran Pantai Siring telah dikenal pasti dan ditahan bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Melaka, Dzulkhairi Mukhtar berkata, suspek lelaki berusia 39 tahun itu ditahan pada Khamis kira-kira jam 2 petang sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.
Menurutnya, kes berkenaan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
“Suspek mengaku melakukan perbuatan itu dan kita tidak mahu mengambil risiko memandangkan dia mempunyai rekod sakit mental.
“Jadi, dia dibebaskan dengan jaminan polis dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Jumaat.
Dalam perkembangan sama, pihak berkuasa tempatan, Majlis Perbandaran Jasin telah mengambil tindakan merobohkan struktur tokong berkenaan.
Langkah itu diambil selepas didapati tokong tersebut merupakan binaan lama yang tidak berdaftar serta didirikan di atas tanah kerajaan.
Mengulas lanjut, Dzulkhairi menegaskan isu melibatkan agama, kaum dan institusi diraja (3R) adalah sensitif dan tidak wajar diperbesarkan.
“Jika terdapat perkara melibatkan 3R, kita menasihatkan orang ramai agar segera melaporkannya kepada pihak polis supaya tindakan segera dapat diambil.
“Kita tidak mahu apabila ia dihebahkan, ia akan menjadi isu hangat. Jika boleh, apabila mendapat maklumat awal, ia diselesaikan lebih awal,” katanya.
Berita berkaitan
April 11, 2026, 7:24 pm
Warga Singapura ditahan isi RON95 di JB, kes pertama sejak larangan berkuat kuasa
April 11, 2026, 6:02 pm
Malaysia berdepan tempoh kritikal Jun hingga Julai ini - Menteri Ekonomi
April 11, 2026, 5:13 pm
13 budak ditahan bergaduh depan sekolah di JB
April 11, 2026, 4:58 pm
Kejohanan Futsal B-17 Sarawak platform cungkil bakat ke Sukma 2026 - Mordi
April 10, 2026, 6:49 pm
Hannah Yeoh cadang orang ramai masuk KL lebih awal kurangkan sesak waktu puncak
April 10, 2026, 5:29 pm
Polis sahkan pegawai berpangkat DSP ditahan disyaki dalang kes samun RM4.4 juta
April 10, 2026, 5:14 pm
