Berita Berita
Hamzah beri bayangan sertai parti besar sedia ada, akui tubuh parti baharu bukan jalan penyelesaian terbaik
MELAKA 11 April – Hamzah Zainudin tidak menolak kemungkinan beliau bersama 18 Ahli Parlimen yang menyokong agenda ‘Reset’ akan bergabung dengan parti politik sedia ada sebagai wadah perjuangan.
Ahli Parlimen Larut itu berkata, dalam landskap politik semasa, penubuhan parti baharu bukanlah pendekatan terbaik berbanding usaha memperkukuh parti yang telah wujud.
Menurutnya, keutamaan ketika ini adalah memastikan parti sedia ada mampu kekal relevan dan menarik sokongan rakyat untuk jangka panjang.
“Parti tidak boleh sekadar menjadi platform pertemuan atau aktiviti semata-mata, sebaliknya perlu digerakkan sebagai satu perjuangan yang jelas dan berprinsip.
“Ada orang tanya saya, (nak tubuh) parti baharu atau (sertai) parti lama... saya nak katakan, saya tak bersetuju untuk kita menubuhkan parti baharu, tetapi kalau kita masuk parti lama dan kita perbesarkan, itu saya bersetuju.
“Yang penting kita buktikan rumah yang kita masuk nanti adalah satu-satunya yang akan kita perbesar dan 'resetkan' untuk menjadi wadah perjuangan membela nasib agama, bangsa dan negara,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Jamuan Pagi Raya anjuran Sekretariat Reset Melaka di Peringgit Point, hari ini.
Mengulas desas-desus menyertai PAS, Hamzah yang sebelum ini dipecat daripada BERSATU berkata perkara itu masih belum diputuskan.
“Kita dalam politik ini, desas-desus itu bukan kepastian. Jadi sebab itu saya memilih untuk tidak menjawab lanjut,” katanya.
Dalam perkembangan sama, beliau mengesahkan kumpulan Reset Melaka akan menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijangka diadakan selewat-lewatnya Disember depan.
Berita berkaitan
April 11, 2026, 7:24 pm
Warga Singapura ditahan isi RON95 di JB, kes pertama sejak larangan berkuat kuasa
April 11, 2026, 6:02 pm
Malaysia berdepan tempoh kritikal Jun hingga Julai ini - Menteri Ekonomi
April 11, 2026, 5:13 pm
13 budak ditahan bergaduh depan sekolah di JB
April 11, 2026, 4:58 pm
Kejohanan Futsal B-17 Sarawak platform cungkil bakat ke Sukma 2026 - Mordi
April 11, 2026, 12:51 pm
Polis sahkan suspek conteng kalimah Allah pada dinding tokong sakit mental
April 10, 2026, 6:49 pm
Hannah Yeoh cadang orang ramai masuk KL lebih awal kurangkan sesak waktu puncak
April 10, 2026, 5:29 pm
Polis sahkan pegawai berpangkat DSP ditahan disyaki dalang kes samun RM4.4 juta
April 10, 2026, 5:14 pm
