TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Warga Singapura ditahan isi RON95 di JB, kes pertama sejak larangan berkuat kuasa

By
|
Kongsi
image

 

JOHOR BAHRU 11 April – Seorang lelaki warga Singapura berusia lingkungan 50-an menjadi individu pertama ditahan di negeri ini kerana membeli petrol RON95 menggunakan kenderaan asing sejak larangan berkuat kuasa 1 April lalu.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata, lelaki itu ditahan dalam operasi penguatkuasaan di sebuah stesen minyak kira-kira jam 10 malam.

“Hasil pemerhatian mendapati sebuah kenderaan berpendaftaran Singapura mengisi petrol RON95 ke dalam tangki kenderaan.

“Bertindak atas maklumat dan pemerhatian itu, pegawai penguat kuasa menahan pemandu kenderaan berkenaan daripada meneruskan pengisian petrol RON95,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut dijalankan termasuk semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), resit pembelian serta rakaman percakapan pekerja stesen minyak.

“Hasil siasatan awal mengesahkan transaksi membabitkan petrol RON95.

“Susulan itu, kami menahan pemilik kereta, mengambil rakaman, menyita kenderaan, salinan resit pembelian serta dokumen berkaitan,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 atas kesalahan membeli barang kawalan menggunakan kenderaan berpendaftaran asing.

+ - reset