TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

13 budak ditahan bergaduh depan sekolah di JB

By
|
Kongsi
image

 

JOHOR BAHRU 11 April – Polis menahan 15 individu bagi membantu siasatan kes pergaduhan di hadapan sebuah sekolah di Bandar Selesa Jaya, Skudai, semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, M Kumarasan berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 12.45 tengah hari sebelum bertindak menahan semua suspek di sekitar Nusa Bestari dan Iskandar Puteri.

Menurutnya, mereka yang ditahan terdiri daripada 13 kanak-kanak lelaki dan dua wanita tempatan berusia antara 12 hingga 37 tahun.

“Punca pergaduhan adalah akibat tidak puas hati apabila salah seorang daripada suspek ditampar hingga mencetuskan pergaduhan selepas waktu persekolahan.

“Dua wanita tempatan direman selama tiga hari bermula hari ini hingga 13 April, manakala 13 kanak-kanak lelaki direman empat hari hingga 14 April bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh serta Seksyen 323 kanun sama kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.

Terdahulu, tular rakaman video pergaduhan tersebut di media sosial yang mencetuskan kebimbangan orang ramai terhadap aspek keselamatan pelajar di kawasan sekolah.

+ - reset