Berita Berita
Prebet koma dipercayai dipukul dalam kem meninggal dunia, diklasifikakan semula sebagai kes bunuh
BENTONG 11 April – Polis mengklasifikasikan semula siasatan kes membabitkan kematian anggota tentera, Allahyarham Prebet Muhammad Amirul Raziq Rosafindi, 24, sebagai kes bunuh.
Ketua Polis Daerah Bentong, Zaiham Mohd Kahar berkata, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 9.34 pagi tadi ketika menerima rawatan di hospital di Temerloh.
“Proses siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dilakukan dengan mengklasifikasikan semula kertas siasatan Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang dibuka sebelum ini.
“Permohonan untuk melakukan bedah siasat dilakukan serta pihak polis akan meneliti semula keterangan yang diambil sebelum ini dan jika perlu, sambungan rakaman percakapan saksi akan dilakukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, media melaporkan mangsa parah dipercayai dipukul seorang anggota tentera berpangkat koperal susulan ketidakpuasan hati berkaitan kerja pembersihan stor senjata pada 31 Mac lalu.
Menurut kenyataan Tentera Darat Malaysia, siasatan awal mendapati seorang Pegawai Tidak Tauliah Rendah (PTTR) bertindak menggunakan kekerasan dengan menampar dan menumbuk tujuh anggota lain di bahagian muka serta perut.
Siasatan turut mendapati enam lagi mangsa berusia antara 19 hingga 22 tahun berada di lokasi kejadian.
Pada 6 April lalu, seorang anggota tentera berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bentong atas tujuh pertuduhan mencederakan anggota lain.
Berita berkaitan
April 11, 2026, 7:24 pm
Warga Singapura ditahan isi RON95 di JB, kes pertama sejak larangan berkuat kuasa
April 11, 2026, 6:02 pm
Malaysia berdepan tempoh kritikal Jun hingga Julai ini - Menteri Ekonomi
April 11, 2026, 5:13 pm
13 budak ditahan bergaduh depan sekolah di JB
April 11, 2026, 4:58 pm
Kejohanan Futsal B-17 Sarawak platform cungkil bakat ke Sukma 2026 - Mordi
April 11, 2026, 12:51 pm
Polis sahkan suspek conteng kalimah Allah pada dinding tokong sakit mental
April 10, 2026, 6:49 pm
Hannah Yeoh cadang orang ramai masuk KL lebih awal kurangkan sesak waktu puncak
April 10, 2026, 5:29 pm
Polis sahkan pegawai berpangkat DSP ditahan disyaki dalang kes samun RM4.4 juta
April 10, 2026, 5:14 pm
