Berita Berita
Tiada keperluan hukuman mati kes pemandu mabuk, kerajaan fokus pampasan mangsa - Loke
KUALA LUMPUR 13 April – Kerajaan menegaskan tiada keperluan untuk memperkenalkan hukuman mati dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi kes pemanduan di bawah pengaruh alkohol atau dadah.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, undang-undang sedia ada sudah mencukupi untuk mendakwa kesalahan serius, termasuk menggunakan Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi pertuduhan bunuh jika berkenaan.
“Setakat ini, kerajaan telah menghentikan hukuman mati mandatori.
“Jadi ini bukan sesuatu yang kita pertimbangkan, walaupun pembangkang mendesaknya.
“Kerajaan tidak perlu melakukan semua perkara yang diminta pembangkang.
“Tanpa peruntukan hukuman mati dalam akta itu, Pejabat Peguam Negara masih boleh mendakwa seseorang di bawah Kanun Keseksaan,” katanya kepada pemberita pada Isnin selepas menghadiri program keselamatan jalan raya di Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology (TAR UMT).
Sebaliknya, beliau berkata kerajaan sedang meneliti pindaan akta dengan memberi fokus kepada pengukuhan sokongan terhadap keluarga mangsa, termasuk mewajibkan pesalah membayar pampasan.
“Apa yang kita pindahkan adalah untuk memastikan jika pesalah didapati bersalah, selain hukuman penjara dan denda, mereka juga bertanggungjawab memberi pampasan kepada keluarga mangsa.
“Ini kerana saluran sedia ada untuk keluarga mangsa adalah melalui tindakan sivil yang rumit, mahal dan mengambil masa yang lama,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan bercadang membentangkan pindaan tersebut dalam sidang Dewan Rakyat akan datang pada Jun.
Menurutnya, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia kini sedang bekerjasama dengan Attorney General's Chambers Malaysia untuk merangka pindaan berkenaan.
“Kita sedang memformulasikan pindaan dan berharap dapat membentangkannya dalam sidang Parlimen Jun ini,” katanya.
Bulan lalu, Loke memaklumkan kementeriannya sedang menyediakan cadangan pindaan undang-undang bagi mengekang kes pemanduan di bawah pengaruh alkohol, termasuk menjadikan pampasan kepada keluarga mangsa sebagai mandatori.
Langkah itu susulan kematian seorang penunggang motosikal dalam kemalangan tragis di Jalan Raya Barat, Klang yang dipercayai berpunca daripada pemandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah.
Berita berkaitan
April 13, 2026, 6:13 pm
Pemandu riba 'awek' ketika memandu bas ekspres dipecat serta-merta, syarikat mohon maaf
April 13, 2026, 4:51 pm
Peguam, kerani maut tak sempat selamat diri dalam kebakaran pejabat guaman di Georgetown
April 13, 2026, 4:40 pm
KPM salur RM100,000 baik pulih SMU(A) Darul Ulum Al-Muhammadiah terjejas akibat kebakaran
April 13, 2026, 3:27 pm
12 anggota polis direhatkan. siasatan kes samun kripto RM200,000 hampir lengkap
April 13, 2026, 3:03 pm
Dakwaan Malaysia ‘lari’ sertai PISA tidak berasas, salah tafsir data pendidikan - Penyelidik
April 13, 2026, 12:55 pm
Jaga-jaga, penjawat awam muat naik aktiviti santai ketika WFH akan diambil tindakan
April 13, 2026, 12:22 pm
